Pages

Sunday, December 18, 2011

Pencuri wanita lebih 40 kali lepasi pemeriksaan

HONG KONG: Seorang wanita yang dilarang memasuki Hong Kong seumur hidup ekoran beberapa siri jenayah mencuri, melepasi pemeriksaan keselamatan di bandar raya itu lebih 40 kali dalam tempoh dua tahun, lapor akhbar, semalam.
Chao Sam-i, 49, tukang cuci dari Macau dihantar pulang dari Hong Kong selepas menerima hukuman larangan memasuki bandar raya itu untuk seumur hidup pada 2004 ekoran beberapa siri kecurian dilakukannya, lapor akhbar South China Morning Post.

Chao kemudian mengunjungi Hong Kong lagi pada 2009 untuk menghadiri perkahwinan anak perempuannya tanpa ditahan dan sejak itu kembali ke bandar raya berkenaan puluhan kali.

Bagaimanapun, perbuatannya itu akhirnya terbongkar selepas dia ditahan oleh pihak berkuasa Hong Kong Ogos lalu kerana mencuri 12 botol minyak wangi bernilai HK$4,000 (RM1,645). - AFP
-HMETRO

No comments:

Post a Comment