Pages
Monday, October 17, 2011
Washington enggan serah maklumat
“Orang itu tidak mempunyai hubungan dengan Republik Islam Iran. “Berdasarkan kepada proses biasa, jika ada sebarang tuduhan terhadap kerajaan lain, kerajaan AS akan mengemukakan maklumat tertuduh kepada negara lain dan minta kerjasama.
“Kerajaan AS, sudah menerima permohonan jelas daripada Iran, dan bertentangan dengan konvensyen antarabangsa, negara itu tidak mengambil sebarang tindakan berhuhung perkara ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar. - AFP"
'via Blog this'
Air zamzam, air terbaik di dunia
KAHERAH: Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, ia pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.
Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia.
Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan.
Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.
Kata Dr Hamdi, “Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain.”
Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.
Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, “Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.”
“Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain,” katanya -SG
Tentera NTC undur ekoran serangan balas penyokong Gaddafi
Tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berundur kira-kira dua klilometer ke ibu pejabat polis di bandar Meditteranean itu, selepas diserang dengan roket dan bom.
Penyokong Gaddafi melancarkan serangan balas itu pada lewat petang selepas diserang pada pagi dan tengah hari.
Tentera NTC yang terkejut dengan serangan balas itu, berundur dari kedudukan mereka di dua kawasan, Dollar dan Number 2, ke kawasan yang mereka kuasai sejak Jumaat lalu.
“Pejuang Gaddafi kini tertumpu di kawasan kecil tetapi kami tidak boleh memasukinya serentak. Kami perlukan pelan untuk menumpaskan mereka,” kata pemerintah briged Misrata, Omran Allahoyb. - AFP"
'via Blog this'
Mahmoud nafi tuduhan AS
TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS) kononnya Iran terbabit dalam rancangan membunuh duta Saudi ke Washington.
“Pembunuhan adalah perbuatan rakyat Amerika. Warga Iran tidak perlu bertindak untuk melakukan pembunuhan,” katanya ketika berucap kepada satu perhimpunan di Teheran.
Kenyataannya mengukuhkan penafian yang dibuat oleh pegawai Iran lain sejak Washing- ton mula membuat tuduhan itu Selasa lalu.
Sabtu lalu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengecam tuduhan AS itu dengan menganggapnya sebagai karut.
Kerajaan Iran juga berulang kali menuduh pembabitan AS dan Israel dalam pembunuhan dua saintisnya sepanjang dua tahun lalu.
“Mereka berusaha sedaya upaya untuk meluaskan kempen anti-Iran dan dalam proses itu mereka menuduh Iran melakukan pembunuhan.
“Tetapi kita perlu membuat mereka faham bahawa pembunuhan itu adalah perbuatan mereka yang tidak berbudaya.
“Mereka melancarkan peperangan. Mereka juga mengenakan sekatan ekonomi dan ada masanya, mereka menggunakan tekanan politik,” kata Mahmoud.
Amerika Syarikat berikrar untuk memastikan Iran dikenakan tindakan keras kerana rancangan pembunuhan itu.
Ia bertindak untuk meluaskan lagi pemencilan terhadap negara itu dengan mempengaruhi sekutunya dan negara lain supaya meningkatan tekanan.
Iran kini dikenakan sekatan ekonomi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat kerana isu program nuklearnya. - AP 'via Blog this'
Isteri gunting kemaluan suami, buang ke sungai
TAIPEI: Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai.
Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.
Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur.
Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.
“Dia ditahan atas tuduhan menyerang,” kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.
Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.
Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian.
Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. - AFP
Filem Indonesia calon anugerah Akademi
2011/10/17
LOS ANGELES: Filem Di Bawah Lindungan Ka’bah arahan Hanny R Saputra, adalah antara calon yang bersaing merebut Oscar dalam kategori filem berbahasa asing Anugerah Akademi Amerika Syarikat.Filem termahal Indonesia itu dihasilkan dengan kos AS$3 juta (RM9.3 juta), hampir enam kali ganda daripada perbelanjaan menghasilkan filem lain di negara itu.Ia mengisahkan kisah tragik sepasang kekasih yang jatuh cinta tetapi terpaksa berpisah kerana perbezaan darjat.
Filem itu dibintangi Didi Petet, Leroy Osmani, Yenny Rahman dan Widyawati selain bintang muda Herjunot Ali, Laudya Cynthia Bella, Niken Anjani, Tara Budiman dan Agung Putra Perwira.
Ia mengisahkan Hamid dan Zainab yang berasal daripada dua keluarga dengan tingkat sosial yang berbeza.
Ibu Hamid bekerja di rumah keluarga Zainab. Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya saling jatuh cinta. Namun, kedudukan kewangan dibayangi hutang budi menyebabkan ibu Hamid melarang anaknya menaruh harapan memiliki Zainab.
Mereka, bagaimanapun, berkongsi impian sama iaitu setiap manusia bebas mencintai dan dicintai.
Dugaan demi dugaan mendera keduanya. Hamid kemudian diusir dari kampung kerana dituduh secara tidak sopan menyentuh Zainab sedangkan anak dara itu akan dijodohkan orang tuanya dengan anak saudagar kaya.
Mereka tetap setia dengan janji untuk mempertahankan cinta. Hamid yang diusir dari kampungnya akhirnya mengembara hingga sampai ke Makkah dan menunaikan ibadat haji seperti yang diimpikannya manakala Zainab tetap menjaga dengan setia janjinya, untuk bernikah hanya dengan orang dicintai.
Filem daripada 63 negara sudah memasuki persaingan itu. Permohonan termasuk pencalonan kali pertama dari New Zealand selain Albania dan Vietnam.
Jawatankuasa khas Akademi akan memilih lima calon memasuki pusingan akhir pada 24 Januari 2012 dan pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Akademi ke-84 di Los Angeles pada 26 Februari 2012.
Penganjur Akademi mengesahkan The Orator sebagai pencalonan pertama New Zealand dalam kategori itu. Filem arahan pertama Tusi Tamasese adalah karya berbahasa Samoa itu menceritakan kisah petani miskin yang perlu berjuang mempertahankan keluarganya.
Dua pemenang utama Festival Filem Antarabangsa Toronto September lalu turut berada dalam senarai. Lubnan mempertaruhkan nasib ke atas filem Where Do We Go Now arahan Nadine Labaki yang memenangi Anugerah TIFF, Cadillac People's Choice. – Agensi
'via Blog this'
Petani mahu lebih 14 orang anak
IGANGA, Uganda - Seorang petani di sini, Ahmed Kasadha sudah mempunyai 14 orang anak hasil perkahwinannya dengan dua isterinya.
"Bapa saya mempunyai 25 orang anak. Saya hanya mempunyai 14 orang anak setakat ini dan saya jangka akan mempunyai lebih ramai anak pada masa depan," kata Ahmed.
Dia menganggap keluarga yang besar merupakan satu lambang kejayaan selain rahmat daripada tuhan.
Menurutnya, anak yang ramai akan dapat membantu dia semasa dirinya sudah tua nanti. - Agensi
'via Blog this'Larian lembu jantan versi AS
CAVE CREEK - Ratusan orang berlari bagi mengelak ditanduk beberapa ekor lembu jantan di bandar ini yang terletak di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Menurut pihak penganjur, larian itu adalah lebih selamat berbanding dengan acara yang terdapat di Pamplona, Sepanyol.
Pihak penganjur menyatakan bahawa lembu jantan yang digunakan dalam acara tersebut tidak mempunyai tanduk yang tajam seperti di Sepanyol kerana ia telah ditumpulkan.
"Saya masih menggeletar," kata seorang peserta larian itu, Maureen Borsodi dari Los Angeles selepas dia menamatkan larian.
"Ia seperti satu rusuhan," tambahnya.
Hampir 12 ekor lembu mengejar 200 orang dalam larian melibatkan satu minit.
Walaupun terdapat sejumlah kecil orang terjatuh, tidak ada seorang pun peserta yang mengalami kecederaan yang serius. - Agensi
'via Blog this'Lelaki 52 tahun tewaskan petinju berumur 30 tahun
LOS ANGELES - Seorang petinju berusia 52 tahun yang dipenjarakan selama 26 tahun di atas kesalahan yang tidak dilakukannya, Dewey Bozella menang buat pertama kali dalam perlawanan tinju profesional di sini kelmarin.
Bozella menewaskan lawannya, John Hopkins yang berusia 30 tahun dalam perlawanan tinju profesional yang pertama disertainya. Dia diumumkan pemenang selepas empat pusingan perlawanan.
Sebelum ini, dia dipenjarakan selama 26 tahun di penjara Sing Sing, New York di atas kesalahan membunuh dengan kejam seorang wanita berusia 92 tahun.
Bagaimanapun, kesalahan itu digugurkan selepas satu salinan fail mengenai kes tersebut yang diperoleh oleh firma guaman yang mewakili Bozella mendapati saksi-saksi pendakwaan telah menipu dan seorang lagi suspek telah mengaku melakukan jenayah tersebut.
Penemuan itu menyebabkan kesalahan tersebut digugurkan pada Oktober 2009.
Dia dipenjarakan semasa berumur 18 tahun dan dia didapati bersalah membunuh wanita tersebut tujuh tahun selepas ditangkap.
Semasa dipenjara, Bozella merupakan seorang juara tinju light-heavyweight. Bozella juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang petinju.
Petinju legenda, Bernard Hopkins yang mendengar kisah Bozella telah menawarkan peluang untuk dia bertinju dengan Hopkins kelmarin.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama juga menelefonnya dan memberikan ucap selamat kepadanya sebelum pertandingan tersebut bermula. - Agensi
'via Blog this'Adi wira dedah identiti diri
SEATTLE, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira ciptaannya untuk menjaga ketenteraman akhirnya mendedahkan mukanya di dalam sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu.
Dia membuka topengnya selepas diarahkan oleh beberapa pegawai mahkamah yang membicarakan kes dia menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki pada Ahad lalu.
Lelaki itu sebelum ini terkenal dengan panggilan adi wira Phoenix Jones.
Nama sebenarnya ialah Benjamin John Francis Fodor.
Menurutnya, dia cuba untuk meleraikan satu pergaduhan apabila dia diserang dalam kejadian tersebut.
Namun, pendakwa raya memberitahu hakim, mereka memerlukan masa untuk memutuskan sama ada akan memfailkan dakwaan dalam kes berkenaan.
Dia memakai semula topeng muka itu selepas perbicaraan tersebut.
Namun, semasa berdepan dengan pemberita, dia menanggalkan semula topengnya untuk mendedahkan identiti dirinya.
Menurutnya, dia merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang adik lelaki.
"Saya memutuskan untuk membuat perubahan dan menghentikan jenayah di dalam kawasan perumahan saya," katanya. - Agensi
'via Blog this'Ratusan peserta berenang 1.8km
HONG KONG - Ratusan perenang semalam mengambil bahagian dalam pertandingan berenang sejauh 1.8 kilometer (km) selepas ia dihentikan selama 33 tahun kerana bimbang tahap pencemaran air di salah sebuah pelabuhan yang tercantik di dunia di disini.
Laut tenang dan langit yang mendung, para perenang memulakan renangan dari Lei Yue Mun, Kowlooon sehingga Quarry Bay.
Beratus-ratus penonton bersorak apabila perenang tiba di garisan penamat.
"Saya telah mendengar segala-galanya mengenai perlumbaan merentasi pelabuhan. Ia sangat indah kerana memberi peluang terakhir kepada peserta untuk menikmatinya," kata seorang perenang, David Wong, 22, selepas menamatkan pertandingan.
Pertandingan merentasi pelabuhan pertama kali diadakan pada tahun 1906 apabila Hong Kong masih di bawah jajahan Britain.
Ia kemudian dihentikan selepas satu pertandingan pada tahun 1978 kerana bimbang dengan tahap pencemaran air laut. - Agensi
'via Blog this'Rom nilai kerosakan tunjuk perasaan
ROM - Pihak pengurusan bandar raya ini sedang menilai jumlah kerosakan selepas sejumlah penunjuk perasaan merosakkan bank dan kedai selain membakar kenderaan.
Datuk Bandar Rom, Gianni Alemanno memberitahu pemberita semalam bahawa kos membaiki bas awam, jalan raya dan pejalan kaki akibat kerosakan yang dilakukan penunjuk perasaan mungkin mencecah AS$1.4 juta (RM4.37 juta).
Para penunjuk perasaan itu bertindak ganas kelmarin dalam tunjuk perasaan yang disertai oleh puluhan ribu orang.
Mereka menunjuk perasaan bagi menyuarakan kebimbangan mengenai penderitaan akibat krisis ekonomi global.
Para penunjuk perasaan itu yang sebahagiannya memakai topeng gas pemedih mata merosakkan laluan pejalan kaki untuk mengambil batu untuk dibaling ke arah polis.
Mereka turut memecahkan tingkap dengan penukul.
Polis menangani para penunjuk perasaan itu dengan menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air.
Para penunjuk perasaan turut menyerbu gereja. - Agensi
'via Blog this'Benteng banjir penuhi Bangkok
BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam menyuarakan keyakinan bahawa Bangkok tidak akan dilanda banjir besar.
Menteri Pertanian dan Koperasi, Jeneral Pongsapat Pongchareon berkata, antara 500 dan 500 juta meter padu air mengalir ke laut setiap hari.
"Walaupun paras air laut masih tinggi, kita berupaya memesongkan aliran air dengan berkesan. Sebahagian besar air bah kini sudah mengalir ke laut," katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.
Bandar raya ini dilindungi oleh satu sistem dinding pencegah banjir, terusan, parit dan terowong bawah tanah.
Namun, jika sistem pertahanan itu gagal, air banjir akan mula memasuki bandar raya ini yang dihuni oleh sembilan juta orang.
Paras air yang melanda kawasan utara Bangkok semakin surut seperti di wilayah Singburi, Angthong dan Ayutthaya.
Seorang jurucakap sebuah pusat bantuan banjir, Wim Rungwattanajinda berkata, banjir juga surut di wilayah Nakhon Sawan.
Hujan lebat yang bermula lewat Julai lalu telah menjejaskan dua pertiga negara ini dengan menenggelamkan kawasan pertanian, ratusan kilang dan kampung.
Hampir 300 orang telah terbunuh setakat ini manakala lebih 200 lebuh raya utama dan jalan raya ditutup termasuk landasan kereta api ke bahagian utara.
Kerajaan menyatakan nilai kerosakan mungkin mencecah AS$3 bilion (RM9.37 bilion).
Kawasan yang paling terjejas teruk ialah utara Bangkok termasuk Ayutthaya yang merupakan bekas ibu kota Thailand.
Paras air di sesetengah kawasan adalah setinggi dua meter.
Hujan lebat melanda Bangkok semalam tetapi kehidupan harian adalah normal dengan pusat beli-belah dibuka seperti biasa.
Semalam, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menyatakan: "Saya percaya Bangkok akan selamat."
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan satu majlis melibatkan lebih 1,000 buat bot kecil yang terlibat dalam usaha untuk mengalihkan arus sungai supaya menuju ke Teluk Siam. - Agensi
'via Blog this'