Pages

Monday, October 17, 2011

Mahmoud nafi tuduhan AS

myMetro | Mahmoud nafi tuduhan AS:
TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS) kononnya Iran terbabit dalam rancangan membunuh duta Saudi ke Washington.
“Pembunuhan adalah perbuatan rakyat Amerika. Warga Iran tidak perlu bertindak untuk melakukan pembunuhan,” katanya ketika berucap kepada satu perhimpunan di Teheran.

Kenyataannya mengukuhkan penafian yang dibuat oleh pegawai Iran lain sejak Washing- ton mula membuat tuduhan itu Selasa lalu.

Sabtu lalu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengecam tuduhan AS itu dengan menganggapnya sebagai karut.

Kerajaan Iran juga berulang kali menuduh pembabitan AS dan Israel dalam pembunuhan dua saintisnya sepanjang dua tahun lalu.


“Mereka berusaha sedaya upaya untuk meluaskan kempen anti-Iran dan dalam proses itu mereka menuduh Iran melakukan pembunuhan.

“Tetapi kita perlu membuat mereka faham bahawa pembunuhan itu adalah perbuatan mereka yang tidak berbudaya.

“Mereka melancarkan peperangan. Mereka juga mengenakan sekatan ekonomi dan ada masanya, mereka menggunakan tekanan politik,” kata Mahmoud.

Amerika Syarikat berikrar untuk memastikan Iran dikenakan tindakan keras kerana rancangan pembunuhan itu.

Ia bertindak untuk meluaskan lagi pemencilan terhadap negara itu dengan mempengaruhi sekutunya dan negara lain supaya meningkatan tekanan.


Iran kini dikenakan sekatan ekonomi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat kerana isu program nuklearnya. - AP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment