Pages

Monday, October 17, 2011

Petani mahu lebih 14 orang anak

Kosmo! Online - Dunia:



AHMED KASADHA (dua dari kanan) bergambar bersama isterinya (dua dari kiri) dan enam anaknya di rumahnya di Iganga, Uganda pada 1 Oktober lalu.


IGANGA, Uganda - Seorang petani di sini, Ahmed Kasadha sudah mempunyai 14 orang anak hasil perkahwinannya dengan dua isterinya.

"Bapa saya mempunyai 25 orang anak. Saya hanya mempunyai 14 orang anak setakat ini dan saya jangka akan mempunyai lebih ramai anak pada masa depan," kata Ahmed.

Dia menganggap keluarga yang besar merupakan satu lambang kejayaan selain rahmat daripada tuhan.

Menurutnya, anak yang ramai akan dapat membantu dia semasa dirinya sudah tua nanti. - Agensi

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment