Pages
Sunday, July 24, 2011
PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN
Remaja disekat ke masjid
Menerusi undang-undang itu, mereka yang berusia bawah 18 tahun secara automatik dilarang mengunjungi masjid dan diwajibkan belajar di sekolah sekular kerajaan.
Pelaksanaan undang-undang itu kini hanya memerlukan tandatangan Presiden Emomali Rahmon.
Ulama terkenal Tajikistan, Turadzhonzoda Akbar menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘hari yang gelap’ bagi umat Islam. “Ia lebih teruk daripada ketika pemerintahan komunis Soviet. Kerajaan Soviet dulu tidak pernah mengarah penganiayaan terhadap agama,” katanya.
Menurutnya, kerajaan tidak mempunyai alasan untuk bimbang dengan perkembangan syiar Islam.
“Mereka (kerajaan) kelihatan tidak suka jika rakyat beriman.,” Turadzhonzoda. — ReutersmyMetroRemaja disekat ke masjid
Ulang tahun kesan Neptun
FLORIDA: Planet Neptun menyambut ulang tahun pertamanya minggu ini sejak ditemui ahli kaji bintang Jerman, Johann Galle, 165 tahun yang lalu iaitu pada 23 September 1846.Teknologi sudah semakin canggih hari ini dengan teleskop angkasa lepas Hubble milik Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) berupaya mengambil gambar dramatik untuk menandakan ulang tahun planet berwarna biru-hijau itu.
Meskipun waktu sehari hanya 16 jam, kehidupan di Neptun dianggap lebih lambat berbanding bumi kerana ia berada 2.8 bilion batu (4.51 juta kilometer) dari matahari atau 30 kali ganda jarak dari matahari ke bumi, tarikan graviti amat lemah.
Ini bermaksud planet itu mengambil masa lama untuk melengkapkan pusingan satu orbit, manakala setiap satu musimnya mengambil masa 40 tahun.
Beberapa gambar diambil menggunakan kamera Wild Field dari Teleskop Angkasa Lepas Hubble baru-baru ini memberi peluang kepada saintis menghayati keadaan planet berkenaan sepenuhnya.
Gambar itu menunjukkan awan pada tahap altitud tinggi membuat ais kristal metana di bawah 162 darjah Celsius di kedua-dua hemisfera utara dan selatannya.
Seperti juga bumi, paksi Neptun terlalu sendeng ke arah utara dan bahagian selatan menyebabkannya mempunyai musim panas dan sejuk pada masa yang bertentangan.
Beberapa tahun lalu, keadaan di sebahagian besar kawasan selatan dilitupi awan sementara di bahagian utara lapisan awan terlalu sedikit.
Ketika musim berubah (sekali dalam tempoh empat dekad), awan bergerak lebih ke utara ketika musim sejuk dan musim panas bermula di selatan.
Pakar dari Eropah membantu penemuan Neptun iaitu John Couch Adams dari England dan Urbain Le Verrier dari Perancis, ahli kaji bintang dan pakar matematik.
Mereka meramalkan satu planet menarik Uranus, menyebabkan orbit matahari berbeza dengan planet lain dalam sistem suria iaitu Neptun.
Malah, mereka menetapkan lokasi langit yang membuat tarikan itu. Mereka memberitahu Galle mengenainya dan ahli kaji bintang Jerman itu menemuinya selepas dua malam menelitinya.
Ramalan Le Verrier hanya satu darjah tersasar. Apapun, selepas Neptun ditemui, ia direkodkan sebagai sebuah planet.
Planet itu sebenarnya sudah dikesan pada Disember 1612 oleh seorang lagi ahli kaji bintang iaitu Galileo Galilei.
Bagaimanapun, beliau menganggapnya sebuah bintang. Selain itu, oleh sebab beliau tidak mencerapnya lebih lanjut, Galilei tidak dianggap orang yang menemuinya kerana tidak menetapkannya sebagai planet.
Sesiapa yang berharap untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada Neptun perlu menggunakan binokular atau teleskop kecil kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. – Agensi
INFO: Planet Neptun
Isteri ramping rahsia rumah tangga bahagia
TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini.
“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.
“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”
Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.
“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”
Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.
“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.
“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.
“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.
Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.
Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai. – Agensi Agensi
Bantah projek manusia beruk
MEWUJUDKAN beruk berciri manusia mendapat bantahan saintis di Britain. |
Penyelidikan dianggap langgar etika
LONDON: Saintis di Britain mendesak peraturan ketat dikenakan terhadap usaha segelintir penyelidik yang mahu mewujudkan makhluk separuh beruk dan separuh manusia seperti dalam filem Hollywood Planet of The Apes.
Profesor Martin Bobrow, seorang pakar genetik perubatan di Universiti Cambridge dan penulis bersama laporan itu berkata, masyarakat perlu sedar penyelidikan yang mencampurkan adukan gen manusia dengan haiwan harus dikawal selia dengan ketat.
‘Kami mahu masyarakat menyedari implikasi penyelidikan seumpama ini sebelum ia benar-benar melahirkan sesuatu yang tidak diingini,” beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar Daily Mail.
Akademi Saintis Perubatan United Kingdom menubuhkan pasukan penyemak yang akan meneliti penyelidikan yang mencampur adukan gen manusia dalam tisu haiwan.
Tahun lalu, lebih sejuta penyelidikan dilakukan membabitkan haiwan diubah secara genetik, kebanyakan membabitkan tikus dan ikan yang dilahirkan dengan DNA manusia.
Haiwan makmal ini digunakan untuk mewujudkan ubat baru bagi penyakit seperti kanser dan Alzheimer atau untuk mengkaji fungsi gen tertentu.
Penyelidik juga didapati mewujudkan haiwan berciri manusia dengan memasukkan sel tunjang manusia ke dalam embrio haiwan.
Haiwan digelar ‘chimeras’ ini adalah untuk mengkaji penyakit seperti strok, hepatitis dan kanser.
Laporan saintis itu tidak mempersoalkan penyelidikan seumpama itu, namun mereka berkata, jika tidak dikawal, lambat laun kegiatan itu akan mewujudkan haiwan yang memiliki ciri manusia yang tidak boleh diterima masyarakat.
Laporan itu mendesak Kementerian Dalam Negeri memantau penyelidikan berkenaan dan mengharamkan uji kaji yang membabitkan suntikan sel tunjang manusia ke dalam otak beruk bagi mendapatkan haiwan yang mempunyai kelakuan seperti manusia.
Pengharaman penyelidikan sedemikian dapat menghalang usaha mewujudkan beruk yang mempunyai daya ingatan dan pertuturan seperti manusia.
Seorang lagi penulis bersama laporan itu, Profesor Thomas Baldwin berkata: “Kami bimbang jika sejumlah besar sel otak manusia disuntik dalam otak beruk ia boleh memberi haiwan itu keupayaan yang selama ini hanya dimiliki manusia seperti pertuturan atau kebolehan untuk memanipulasi.” – Agensi Berita Harian Online | Bantah projek manusia beruk
Pemandu lori sehari bertugas maut nahas
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Abdul Aziz Ramli, 46, dipercayai menyeberang jalan apabila dirempuh sebuah kereta menyebabkannya melambung ke laluan bertentangan sebelum digilis beberapa kenderaan.Anak saudara mangsa yang juga saksi kejadian, Muhammad Amirul Ridzuan, 17, berkata, sebelum kejadian itu, mereka dalam perjalanan menghantar barang di sebuah syarikat pengeluaran makanan segera di Ayer Keroh, sebelum lori dinaiki kehabisan minyak kira-kira jam 5 petang.
"Saya mendapatkan bantuan peronda untuk membeli minyak di stesen berhampiran dan disebabkan botol yang ada kecil, pak cik (Abdul Aziz) terpaksa pergi kembali membeli minyak dengan menumpang kereta lain.
"Ketika melintas ke pembahagi jalan, sebuah kereta merempuhnya di lorong sebelah kanan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah, Cif Inspektor Muhd Zuki Abd Ghani mengesahkan kejadian itu.
Katanya, mangsa yang berpengalaman membawa lori muatan tiga tan ditugaskan majikannya di Pulau Pinang menghantar barang di Ayer Keroh bersama anak saudaranya.
Ketika mangsa yang juga pesara tentera melintas dan menghampiri pembahagi jalan selepas membeli petrol, sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki warga Singapura berusia 39 tahun yang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru merempuhnya di lorong sebelah kanan.
"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa melambung ke laluan bertentangan, sebelum digilis kenderaan lain menyebabkan badannya terputus beberapa bahagian," katanya.
Jenazah Allahyarham dituntut ahli keluarganya kira-kira jam 11.45 pagi semalam dan dibawa ke kampungnya di Taiping.
Eksklusif: Tertipu nak cantik
MALAI menunjukkan gambar mukannya yang teruk selepas mendapatkan rawatan dan laporan Terbunal Tuntutan Pengguna (TTPM) dibuatnya. |
Sesi percubaan serendah RM10 perangkap wanita
KUALA LUMPUR: Ghairah untuk kelihatan cantik dan menawan menyebabkan wanita mudah terperangkap menjadi mangsa penipuan khidmat rawatan kecantikan dengan umpan khidmat percuma atau serendah RM10 untuk sesi percubaan, tetapi akhirnya terpaksa membayar ribuan ringgit.
Tiga dilucut tugas
Pasukan khas SPRM siasat pegawai terbabit kematian Beng Hock |
KUALA LUMPUR: Selepas dua hari laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock diumumkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dengan melucutkan tugas operasi siasatan terhadap tiga pegawai yang dikatakan terbabit.
Mereka yang diambil tindakan ialah Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hishamuddin Hashim yang ketika kejadian menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus
Tindakan itu berikutan Suruhanjaya Diraja dalam laporannya mendapati mereka menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar, sekali gus melanggar prosedur sedia ada.
SPRM dalam kenyataan media semalam menyatakan, pasukan khas itu akan menjalankan siasatan susulan dalaman secara menyeluruh serta menyediakan laporan komprehensif. Hasilnya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan terdiri daripada empat individu bebas, dipengerusikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.
Pasukan itu turut dianggotai bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Muhammad Mohd Noor; bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan peguam, V Ravindran.
“SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang, tidak akan bertolak-ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tata kelakuan," kata kenyataan itu.
Beng Hock, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.
Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu memutuskan Beng Hock bukan dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM.
Kenyataan itu turut menjelaskan penubuhan pasukan khas berkenaan antara tindakan susulan proaktif serta merta kerana SPRM menerima dan memandang serius cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya diraja yang dikeluarkan Khamis lalu.
Beberapa cadangan suruhanjaya itu juga sudah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), mewujudkan bilik temubual bervideo (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bangunan SPRM dan pelanggan sentiasa diiringi ketika berada dalam premis SPRM.
Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya dan SPRM akan menyerahkan serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus. Berita Harian Online | Tiga dilucut tugas
Pelampau Kristian mengganas di Norway
- Anders Behring Breivik
. |
MANGSA yang cedera di Pulau Utoeya dibawa ke tempat selamat |
MANGSA yang cedera di Pulau Utoeya dibawa ke tempat selamat |
OSLO: Seorang lelaki berpakaian seragam polis melepaskan tembakan di kem remaja tajaan parti pemerintah Norway membunuh sekurang-kurang 85 orang dan dipercayai terbabit meletupkan bom membunuh tujuh orang lagi di bangunan kerajaan di ibu negara, Oslo, beberapa jam sebelum itu.
Televisyen Norway TV2 berkata lelaki bersenjata yang digambarkan sebagai tinggi dan berambut perang, dikaitkan dengan pelampau sayap kanan.
Ia adalah serangan terburuk di Eropah sejak pengeboman stesen kereta api Madrid pada 2004 yang membunuh 191 orang.
Akhbar Britain, The Sun, mendedahkan penyerang itu sebagai pemilik ladang, Anders Behring Breivik yang suka memburu dan meminati siri pembunuh bersiri Dexter serta True Blood selain filem Gladiator dan 300.
Melalui laman web Facebook penyerang mendedahkannya sebagai bujang dan beragama Kristian manakala seorang rakan menyatakan Breivik sering meluahkan pandangan anti-Islam di laman web serta menentang keras dasar kepelbagaian budaya.
Polis menahan Breivik di Utoeya dan turut menemui bahan letupan yang belum meletup di pulau percutian itu.
Mangsa terselamat Jorgen Benone, yang berada di pulau itu pada ketika kejadian berkata: “Saya nampak orang ditembak. Saya bersembunyi di belakang batu.
“Saya nampak penembak itu sekali kira-kira 20 hingga 30 meter daripada saya.
“Saya rasa itulah saat yang paling menakutkan dalam hidup saya,” katanya.
“Saya melihat ramai orang terjun ke laut. Ramai menangis, menggigil dan kelihatan sangat takut. Mereka yang maut sangat muda antara 14 hingga 19 tahun,” kata Anita Lien, 42, yang tinggal di Tasik Tyrifjord, tidak jauh dari pulau Utoeya, barat laut Oslo.
Kebanyakan mangsa berlindung dalam bangunan sebaik tembakan ditujukan ke pulau itu, berlari ke dalam hutan atau cuba berenang untuk menyelamatkan diri.
Krew mencari dan menyelamat menggunakan bot mencari mangsa hingga malam. Helikopter turut membantu usaha mencari.
Beberapa jam sebelum itu, letupan bom menggegarkan Oslo menyebabkan tingkap bangunan perdana menteri pecah dan memusnahkan bangunan Kementerian Kewangan dan Minyak.
“Orang ramai berlari dalam keadaan panik,” kata saksi, Kjersti Vedun. Polis menasihatkan orang ramai mengelak pergi ke pusat bandar Oslo dan tentera mengawal jalan raya.
Di lokasi kejadian, jalan raya dipenuhi dengan serpihan batu, kaca dan besi.
“Ini adalah serangan keganasan terhadap Norway yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua,” kara ahli parlimen pembangkang Parti Rakyat Kristian, Geir Bekkovold.
“Saya ada pesanan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan ini, tiada orang yang mengebom dan menembak kami akan terus senyap,” kata Perdana Menteri Stoltenberg dalam sidang akhbar dan enggan membuat spekulasi mengenai kejadian ini.
Felo Penyelidikan Kanan NUPI, Jakub Godzimirski mengesyaki ia perbuatan militan sayap kanan bukan pelampau Islam.
Kumpulan sayap kanan sudah berkembang di Norway dan beberapa bahagian di utara Eropah berikutan isu penghijrahan imigran. – Agensi
Pesawat perang NATO serang pusat kawalan tentera Libya
Bagaimanapun, rejim Muammar Gaddafi menegaskan serangan itu disasarkan ke atas orang awam.Sekurang-kurangnya tujuh letupan kuat kedengaran kira-kira jam 2.20 pagi (waktu tempatan). - AFP
Bapa saudara digilis depan mata
ALOR GAJAH - Seorang remaja tergamam apabila melihat sendiri bapa saudaranya digilis beberapa buah kenderaan sehingga hancur dalam kemalangan di Kilometer 207, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, pemandu lori , Abd. Aziz Ramli, 46, mati di tempat kejadian setelah dilanggar sebuah kereta ketika menyeberangi lebuh raya berkenaan. Mayatnya yang tercampak ke seberang jalan kemudian digilis sehingga hancur oleh beberapa kenderaan lain yang tidak menyedari terdapat mayat di atas lebuh raya berkenaan.
Anak saudara mangsa, Muhammad Amirul Ridzuan Mohd. Sabri, 17, yang melihat sendiri kejadian berkenaan berkata, sebelum kejadian, lori yang dipandu bapa saudaranya itu dan dia yang menjadi kelindan kehabisan minyak ketika dalam perjalanan dari Subang ke Melaka. Menurutnya, disebabkan lori berkenaan kehabisan minyak, arwah terpaksa menumpang kereta ke stesen minyak berhampiran dan menumpang lagi kereta lain setelah membeli minyak.
"Ketika kemalangan berlaku, arwah sudah membeli minyak dan sedang menyeberangi jalan dari arah bertentangan untuk kembali ke lori. "Ketika tiba di laluan paling kanan, arwah dilanggar oleh sebuah kereta sehingga terputus dua dan tercampak ke seberang jalan sebelum digilis beberapa kereta lain hingga hancur," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka semalam. Muhammad Amirul Ridzuan berkata, dia yang melihat kejadian itu tergamam sebentar sebelum cuba menahan kereta untuk memohon pertolongan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Eksekutif pemasaran UMES mati kemalangan
HULU SELANGOR - Seorang eksekutif pemasaran di Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES) maut selepas kereta yang dinaiki bersama seorang rakan terlibat dalam kemalangan di sini malam kelmarin. Kejadian pada pukul 12.45 tengah malam di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini mengorbankan Shakeera Hani Aznan, 26, manakala pemandu kereta pula hanya cedera ringan. Ketika kejadian, mangsa bersama rakan sekerjanya, Abd. Salimi Abd Halim, 31, dalam perjalanan menghala ke ibu negara selepas menghadiri perkahwinan rakan Shakeera Hani di Langkawi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tayar hadapan kereta Proton Inspira berwarna putih milik Abd. Salimi pancit.
Jelas beliau, keadaan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu Abd. Salimi hilang kawalan dan terbabas. "Kereta tersebut kemudiannya melanggar penghadang dan berpusing beberapa kali di atas lebuh raya tersebut. "Ekoran itu, Shakeera Hani yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tercampak keluar ke dalam gaung berhampiran sedalam 10 meter," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Kata beliau, mayat mangsa ditemui di dalam semak dengan kesan cedera parah di kepala. Jelas beliau, pemandu kereta terbabit pula hanya mengalami luka kecil. "Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, abang mangsa, Alaric Aznan memberitahu, dia mengetahui kejadian yang menimpa adiknya pada pukul 4 pagi dan bergegas ke HKKB. "Dia tinggal bersama saya sekeluarga dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum meninggalkan kami," katanya. Jenazah mangsa dibawa ke Masjid Al Tawqa di sini untuk disembahyang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur semalam. Turut hadir pada majlis pengkebumian itu ialah Abd. Salimi. Dia bagaimanapun enggan ditemubual. Dalam pada itu, Pengurus Iklan akhbar Kosmo!, Stella Abdullah pula berkata, Shakeera Hani yang bertugas di UMES pada Mac lalu merupakan seorang pekerja yang berdedikasi.
Kumpulan berhaluan kanan bukan ancaman - Risikan
OSLO - Pihak risikan Norway tidak pernah melihat kumpulan berhaluan kanan sebagai satu ancaman serius, sebaliknya lebih bimbangkan serangan daripada ektremis Islam, jelas satu laporan rasmi penilaian ancaman Norway baru-baru ini. Sebaik sahaja serangan bom dan tembakan rambang berlaku, spekulasi penglibatan Norway dalam kempen tentera Barat di Afghanistan dan Libya menjadi puncanya terus timbul.
Namun, selepas seorang lelaki Norway berusia 32 tahun, Anders Behring Breivik yang disifatkan sebagai fundamentalis Kristian dengan fahaman politik kanan ditahan, fokus itu beralih arah. Breivik yang berketinggian hampir enam kaki dan berambut perang kini sedang disoal-siasat oleh polis. Dia cedera apabila ditahan di pulau Utoeya selepas menembak sekumpulan remaja di sana. - AFP
92 maut serangan berkembar Norway
OSLO - Sekurangnya-kurangnya 92 mangsa maut dalam serangan bom dan tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Norway berusia 32 tahun. Disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat sejak pengeboman di Madrid, Sepanyol pada tahun 2004, suspek yang menyamar dengan memakai pakaian anggota polis telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja yang menghadiri perhimpunan politik musim panas di pulau Utoeya.
Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg. "Tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua, Norway dikejutkan dengan jenayah pada skala sebesar ini," kata Stoltenberg. Suspek dikatakan memanggil remaja-remaja itu untuk berkumpul sebelum menembak mereka menggunakan pistol dan rifel. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka terjun ke dalam laut, bersembunyi di hutan dan mencari perlindungan di dalam bangunan berhampiran.
Media Norway menamakan suspek sebagai Anders Behring Breivik (gambar), tetapi pihak polis enggan mengesahkan maklumat tersebut. Polis juga menyatakan kebimbangan angka mangsa yang maut mungkin meningkat.
Menurut saluran televisyen TV2, suspek mempunyai hubungan dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan memiliki dua senjata api yang didaftarkan atas namanya. Suspek turut menulis komen anti-Islam di Internet. Namun, Komisioner Polis, Sveinung Sponheim memberitahu adalah terlalu awal untuk menyatakan itu adalah motif di sebalik tindakannya.
Media lain melaporkan bahawa suspek menyifatkan dirinya dalam laman Facebook sebagai seorang konservatif, beragama Kristian, suka berburu dan permainan video seperti World of Warcraft serta Modern Warfare 2.
Dua jam sebelum itu, polis telah mengesahkan bahawa tujuh orang terbunuh, manakala sembilan lagi cedera parah apabila sebutir bom meletup di tengah bandar Oslo yang berhampiran dengan pejabat perdana menteri dan beberapa buah bangunan kerajaan. Suspek sama didakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. - AFP
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 melanda Jepun
Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda jam 1.34 petang tadi (waktu tempatan) di luar pesisir pasifik Miyagi tercetus di kawasan yang sama ketika gempa bumi besar 11 Mac lalu sehingga menyebabkan tsunami.Agensi Meteorologikal Jepun menjangkakan magnitud yang dicatatkan 6.5.
Pusat gempa adalah 125 kilometer timur laut bandar Sendai, ibu kota Miyagi. - AFP