Pages

Sunday, July 24, 2011

Pelampau Kristian mengganas di Norway



    .

  • Foto
    Anders Behring Breivik


Foto
    Foto
    MANGSA yang cedera di Pulau Utoeya dibawa ke tempat selamat
Anders Behring Breivik
    Foto
    MANGSA yang cedera di Pulau Utoeya dibawa ke tempat selamat
92 terbunuh angkara pemilik ladang anti-Islam mengamuk lepaskan tembakan, letup bom

OSLO: Seorang lelaki berpakaian seragam polis melepaskan tembakan di kem remaja tajaan parti pemerintah Norway membunuh sekurang-kurang 85 orang dan dipercayai terbabit meletupkan bom membunuh tujuh orang lagi di bangunan kerajaan di ibu negara, Oslo, beberapa jam sebelum itu.
Lelaki bersenjata yang dikenal pasti polis sebagai warga Norway berusia 32 tahun melepaskan tembakan pelbagai arah menyebabkan ramai remaja berlari ketakutan di sebuah kawasan hutan pulau peranginan Utoeya.
Televisyen Norway TV2 berkata lelaki bersenjata yang digambarkan sebagai tinggi dan berambut perang, dikaitkan dengan pelampau sayap kanan.

Ia adalah serangan terburuk di Eropah sejak pengeboman stesen kereta api Madrid pada 2004 yang membunuh 191 orang.

Akhbar Britain, The Sun, mendedahkan penyerang itu sebagai pemilik ladang, Anders Behring Breivik yang suka memburu dan meminati siri pembunuh bersiri Dexter serta True Blood selain filem Gladiator dan 300.

Melalui laman web Facebook penyerang mendedahkannya sebagai bujang dan beragama Kristian manakala seorang rakan menyatakan Breivik sering meluahkan pandangan anti-Islam di laman web serta menentang keras dasar kepelbagaian budaya.
Polis menahan Breivik di Utoeya dan turut menemui bahan letupan yang belum meletup di pulau percutian itu.

Mangsa terselamat Jorgen Benone, yang berada di pulau itu pada ketika kejadian berkata: “Saya nampak orang ditembak. Saya bersembunyi di belakang batu.

“Saya nampak penembak itu sekali kira-kira 20 hingga 30 meter daripada saya.

“Saya rasa itulah saat yang paling menakutkan dalam hidup saya,” katanya.

“Saya melihat ramai orang terjun ke laut. Ramai menangis, menggigil dan kelihatan sangat takut. Mereka yang maut sangat muda antara 14 hingga 19 tahun,” kata Anita Lien, 42, yang tinggal di Tasik Tyrifjord, tidak jauh dari pulau Utoeya, barat laut Oslo.

Kebanyakan mangsa berlindung dalam bangunan sebaik tembakan ditujukan ke pulau itu, berlari ke dalam hutan atau cuba berenang untuk menyelamatkan diri.

Krew mencari dan menyelamat menggunakan bot mencari mangsa hingga malam. Helikopter turut membantu usaha mencari.

Beberapa jam sebelum itu, letupan bom menggegarkan Oslo menyebabkan tingkap bangunan perdana menteri pecah dan memusnahkan bangunan Kementerian Kewangan dan Minyak.

“Orang ramai berlari dalam keadaan panik,” kata saksi, Kjersti Vedun. Polis menasihatkan orang ramai mengelak pergi ke pusat bandar Oslo dan tentera mengawal jalan raya.

Di lokasi kejadian, jalan raya dipenuhi dengan serpihan batu, kaca dan besi.

“Ini adalah serangan keganasan terhadap Norway yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua,” kara ahli parlimen pembangkang Parti Rakyat Kristian, Geir Bekkovold.

“Saya ada pesanan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan ini, tiada orang yang mengebom dan menembak kami akan terus senyap,” kata Perdana Menteri Stoltenberg dalam sidang akhbar dan enggan membuat spekulasi mengenai kejadian ini.

Felo Penyelidikan Kanan NUPI, Jakub Godzimirski mengesyaki ia perbuatan militan sayap kanan bukan pelampau Islam.

Kumpulan sayap kanan sudah berkembang di Norway dan beberapa bahagian di utara Eropah berikutan isu penghijrahan imigran. – Agensi
Berita Harian Online | Pelampau Kristian mengganas di Norway

No comments:

Post a Comment