Fesyen Tudung Bersanggul | News @ FerycoJawapan dari Ustaz Nor AminIngatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal
Pages
Wednesday, April 6, 2011
Fesyen Tudung Bersanggul
Kematian pegawai kastam disiasat sebagai mati mengejut: Polis
KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kes Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.
"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.Beliau berkata, motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.
Zulkifli berkata, satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata punca kejadian itu akan disiasat tetapi siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terbabit dengan rasuah perlu diteruskan.
"Punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan...kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini. - BERNAMA
Pegawai Kastam mati jatuh bangunan SPRM
Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.
Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.
Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.
Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.
Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.
Pemberontak Libya selar NATO gagal pertahan Misrata
Tuduhan itu dilontarkan selepas pasukan pemberontak kehilangan wilayah yang dikuasai kepada pasukan tentera Muammar Gaddafi dan terpaksa melarikan diri ke bandar minyak Brega selepas diserang hebat.
Pemerintah pasukan pemberontak, Abdelfatah Yunis, menuduh pesawat NATO tidak berbuat apa-apa ketika tentera Libya meneruskan tembakan artileri ke atas penduduk di Misrata.
'NATO membiarkan penduduk Misrata mati setiap hari. Jika NATO menunggu lagi, tiada ada apa yang tinggal di Misrata,” katanya kepada pemberita di kubu kuat pemberontak di Benghazi.
Sementara itu, kerajaan Libya menamakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Eropah, Abdelati Obeidi, sebagai pengganti bekas Menteri Luar, Mussa Kussa, yang belot ke Britain minggu lalu. - AFP
Jepun mohon maaf
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, kerajaan menyedari kesan tindakan itu tetapi menegaskan ia perlu dilakukan bagi menghalang lebih banyak masalah dan pencemaran di kawasan loji Fukushima Daiichi.
Kerajaan turut mempertimbang mengenakan sekatan ke atas makanan laut keluaran negara itu selepas ikan yang dicemari radioaktif ditemui di kawasan perairan di selatan loji itu.
Proses mengalirkan air tercemar ke laut bermula kelmarin dan dijangka mengambil masa selama lima hari, menurut pegawai syarikat pengendali loji, Tokyo Electric Power (Tepco).
Selain itu, air yang mengandungi radioaktif lima juta kali ganda lebih tinggi daripada had yang dibenarkan dikesan di sekitar loji itu.
Lebih 60,000 tan air tercemar berada di dalam tangki simpanan loji Fukushima selepas pekerja menggunakan air laut bagi menyejukkan reaktor nuklear yang rosak akibat gempa.
Lautan Pasifik mempunyai jumlah air seperti 300 trilion kolam renang dan air tercemar yang disalurkan ke laut bersamaan dengan lima kolam renang.
Sementara itu, Tepco mula membayar wang ihsan kepada mangsa krisis nuklear yang terpaksa berpindah dari kawasan sekitar loji terbabit, semalam.
Gempa sekuat 9.0 pada skala Richter dan tsunami pada 11 Mac lalu menyebabkan hampir 28,000 orang terkorban dan hilang manakala ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal.
Kaki judi bola dicekup
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata, ketiga-tiga lelaki itu didapati sedang sibuk membuat transaksi perjudian ketika tempat mereka diserbu pada kira-kira pukul 11.25 malam.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 19 dan 31 tahun, dipercayai mengambil pertaruhan secara on line dengan menggunakan laman web khas.
'Polis turut merampas sebuah komputer, mesin kira dan sebuah telefon yang digunakan untuk mengambil pertaruhan. Jika ada pemenang di kalangan pelanggan mereka, duit akan dimasukkan terus melalui transaksi akaun internet,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Hamdan berkata, polis percaya kumpulan ini boleh mendapat keuntungan sehingga RM5,000 setiap perlawanan. - Bernama
Telur ayam pun tiruan?
GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
'Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. - Bernama"
Berbahagialah Sang Ghuraba'
- Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.
- Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club[ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.
- Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut :
- PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Panggilan kebas duit
Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.
Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.
“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.
Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. “Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.
“Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.
Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).
“Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.
“Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.
“Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan,” katanya.
Syed Ismail berkata, siasatan sepasukan anggota Bahagian Operasi JSJK Bukit Aman setakat ini menahan dua wanita tempatan berusia 23 dan 31 tahun di Taman Muda, Cheras, di sini, pada 30 Mac lalu.
“Tangkapan dilakukan di sebuah rumah teres berhampiran beberapa bank yang dipercayai menjadi tempat melakukan transaksi,” katanya.
Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.
Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja. “Selain itu, siasatan polis mendapati modus operandi yang mereka lakukan ini taktik baru. Sebelum ini sindiket sama skim penipuan dengan menawarkan mangsa percutian ke Macau, kononnya sebagai hadiah istimewa dimenangi mereka.
“Namun, mangsa terlebih dulu perlu memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank diberikan dan selepas mangsa memasukkan wang, anggota sindiket terbabit menghilangkan diri,” katanya. Berikutan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai berhati-hati dan segera melaporkan pada polis jika dihubungi individu yang mendakwa mereka pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara serta dan meminta segera memindahkan wang di dalam akaun peribadi masing-masing ke akaun pihak ketiga.myMetro | Panggilan kebas duit
Klip seks: ‘Negara dah jadi negara tak berakhlak’, kata ulama
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM
Rundingan gencatan senjata buntu
Seorang pegawai Kementerian Luar berkata, kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat mengenai sama ada Muammar Gaddafi perlu kekal atau tidak.
Menteri Luar, Ahmet Davutoglu berbincang dengan wakil Gaddafi semalam sementara rundingan dengan wakil pemberontak akan diadakan sedikit masa lagi. - AP
Gaddafi tiada wanita simpanan
Oksana Balinskaya, dalam wawancara dengan akhbar Komsomoslkaya Pravda berkata, lelaki yang mereka gelar ‘Papa’ itu menghadiahkan kakitangannya jam emas setiap tahun.
Oksana menafikan khabar angin yang disiarkan WikiLeaks kononnya Gaddafi mempunyai seorang jururawat yang dijadikan wanita simpanan bernama Galyna Kolotnytska.
“Galyna mempunyai tugas yang sama dengan jururawat lain. Terdapat lima jururawat tetapi dia yang paling berpengalaman. Dia sudah bekerja lapan tahun dengan Gaddafi dan boleh bercakap bahasa Arab.
“Apa yang mereka tulis mengenai Galyna Kolotnytska adalah rekaan semata-mata,” katanya.
Oksana bergambar dengan jam yang dihiasi dengan potret Gaddafi dan berkata, pemimpin Libya itu menghadiahkan kakitangannya jam emas buatan Itali pada setiap ulang tahun beliau mengambil alih kuasa.
Oksana menyifatkan Gaddafi sebagai pemurah dan mengarahkan mereka diberi elaun ketika melawat New York supaya mereka boleh membeli-belah. - AFP
Mussa tua, sakit: Saif
SEORANG pemberontak Libya memacakkan bendera kumpulan itu pada pikap penyokong Gaddafi yang musnah dalam serangan udara Nato di Brega, semalam. |
LONDON: Saif al-Islam, anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam menyifatkan Menteri Luar negara itu, Mussa Kussa sebagai ‘lelaki tua dan sakit.’ Menurutnya, beliau tidak merasakan dikhianati oleh tindakan Mussa berpaling tadah ke Britain.
“Beliau (Mussa Kussa) berkata: ‘Saya kini dalam senarai mereka yang dilarang terbang tetapi saya perlu menjalani rawatan setiap tiga bulan di Hospital Cromwell di London. Jika saya boleh dapat kebenaran, saya mahu ke sana.’ “Kami benarkan dia ke Djerba di Tunisia. Tidak ada apa masalah dengan perkara itu,” kata Saif dalam wawancara dengan televisyen BBC.
Apabila ditanya sama ada ketibaan mengejut Mussa di London minggu lalu ketika Libya menjadi sasaran pengeboman tentera bersekutu, satu bentuk pengkhianatan, Saif berkata: “Tidak. Dia sudah sakit dan tua.” Anak pemimpin Libya itu berkata, kempen pengeboman tentera bersekutu untuk menguatkuasakan ketetapan PBB menyebabkan rakyat negara itu berdepan dengan tekanan psikologi.
“Apa yang boleh anda lakukan. Anda perlu menerima hakikat. Ia satu peperangan. Libya sedang berperang,” kata Saif.
Beliau yakin Mussa akan memberitahu pegawai Britain pelbagai ‘cerita lucu’ dalam usaha mendapatkan perlindungan bagi mengelak daripada didakwa.
Pegawai Scotland yang menyiasat pengeboman pesawat di ruang angkasa Lockerbie pada 1988 bercadang menyoal siasat Mussa beberapa hari lagi.
Sebagai pemimpin kanan dalam rejim Gaddafi ketika itu, Mussa disyaki terbabit dalam pengeboman pesawat Pan Am yang menyebabkan 270 penumpang terbunuh. Saif yang tidak kelihatan di tempat awam sejak kempen serangan udara bermula 19 Mac lalu, muncul seketika di sebuah hotel di Tripoli untuk wawancara itu. — AFPmyMetro | Mussa tua, sakit: Saif
Pemerintah Libya sedia runding bagi pembaharuan
TRIPOLI: Pemerintah Libya berkata ia sudah bersedia mengadakan rundingan bagi pembaharuan tetapi enggan merundingkan tentang peletakan jawatan Encik Muammar Gaddafi sebagai pemimpin negara itu.
Pihak pemerintah berkata Encik Gaddafi adalah tokoh penyatuan selepas memerintah negara tersebut selama empat dekad.'Apa jenis sistem politik yang dilaksanakan dalam negara? Ini boleh dirundingkan, kita boleh bercakap tentang ini,' kata jurucakap pemerintah Libya, Encik Mussa Ibrahim, kepada wartawan.'Kita boleh mempunyai apa saja, pilihan raya, pungutan suara,' ujarnya.Namun, soal masa depan Encik Gaddafi tidak boleh dirundingkan, tegasnya selang beberapa jam pihak pemberontak dan pembangkang sebulat suara menolak satu laporan perjanjian damai yang membolehkan anak lelaki pemimpin Libya itu mengambil alih kepimpinan negara tersebut.Encik Gaddafi ialah 'injap keselamatan' bagi penyatuan puak-puak di negara itu dan rakyatnya, kata Encik Ibrahim.'Kami fikir beliau amat penting untuk memimpin sebarang usaha peralihan kepada satu model demokratik dan telus,' jelasnya.Ulasan itu dibuat sedang seorang utusan Encik Gaddafi mengadakan rundingan di Turkey dan Malta, di tengah-tengah adanya laporan media Amerika Syarikat yang berkata dua daripada anak lelaki pemimpin Libya itu menawarkan untuk menyelia satu peralihan kepada demokrasi, termasuk kemungkinan penyingkirannya daripada tampuk kekuasaan.Bagaimanapun, langkah diplomatik Encik Gaddafi itu gagal mendapat sokongan pemimpin Eropah. Ini kerana Italy menolak saranan gencatan senjata yang dilaporkan dan mengiktiraf majlis sementara pemberontak sebagai pemerintah sah negara itu.Di Libya, para pemberontak memaksa tentera rejim yang taat kepada Encik Gaddafi agar berundur dan menguasai semula kebanyakan kawasan pelabuhan minyak di Brega, menurut stesen televisyen Al-Jazeera.Pesawat-pesawat Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) terus memusnahkan sasaran pihak rejim, seperti kenderaan tentera dekat Brega, menurut satu kenyataan Pentagon.Ini sedang pemerintah Libya menggesa diadakan satu 'dialog antarabangsa' bagi menyelesaikan konflik itu dan menawarkan pilihan raya dan pembaharuan politik.Namun, pihak pembangkang Libya berkata sebahagian daripada apa sahaja perjanjian untuk menamatkan pertempuran adalah dengan syarat Encik Gaddafi harus berundur daripada jawatannya. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara
Tiga mati dan 15 cedera dalam pertempuran di Yaman
Seorang wartawan Reuters di situ berkata pertempuran tercetus apabila pemberontak cuba berarak dari khemah mereka ke jalan menuju khemah seorang jeneral tentera yang kuat menyokong gerakan prodemokrasi itu.Mereka bertembung dengan beberapa penyokong Encik Saleh, yang melepaskan tembakan. Pemberontak pula membaling batu.Tidak jelas siapa yang memulakan pergaduhan itu, kata wartawan tersebut.Kementerian pertahanan berkata pergaduhan itu tercetus apabila sekumpulan ahli puak yang menyokong Encik Saleh pergi ke ibu pejabat Jeneral Ali Mohsen dalam satu usaha damai.Pemberontak dan askar-askar Jeneral Mohsen menyerang anggota-anggota puak tersebut hingga terjadi tembak-menembak, kata kementerian itu.Askar-askar Jeneral Mohsen berpangkalan di jalan berhampiran tempat pemberontak berkhemah.Di sebuah klinik sementara di khemah pemberontak, ahli perubatan telah menerima mayat seorang lelaki yang ditembak di kepala serta lapan orang cedera yang kebanyakannya terkena balingan batu. Namun, belum jelas jika angka kematian daripada kementerian pertahanan itu termasuk mereka yang ada di dalam klinik sementara itu.Di Taez, bandar di selatan ibu kota Sanaa, pertempuran masih berlaku antara pasukan keselamatan dengan pemberontak. Televisyen Al-Jazeera melaporkan ratusan pemberontak cedera.Sementara itu, parti-parti pembangkang menggesa masyarakat dunia, kuasa-kuasa serantau dan kumpulan hak asasi agar membantu menghentikan pertumpahan darah di negara itu.Lebih 120 orang maut dan sekitar 5,000 cedera sejak pihak berkuasa bertindak ke atas rusuhan yang tercetus sejak lewat Januari lalu. -- AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara
Suspek 9/11 dibicara tribunal tentera
WASHINGTON 5 April – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, dalang serangan 11 September, 2001, Khalid Sheikh Mohammed dan empat rakan subahat akan dibicarakan oleh sebuah tribunal tentera di Teluk Guantanamo, Cuba dan bukan di sebuah mahkamah sivil di New York.
Ketika mengumumkan perubahan pendirian itu semalam, Peguam Negara, Eric Holder berkata, kumpulan yang dituduh merancang serangan 11 September itu boleh disabitkan kesalahan jika didakwa di Mahkamah Persekutuan AS, tetapi Kongres patut dipersalahkan kerana mengenakan pelbagai langkah yang menyekat perbicaraan tahanan Guantanamo di AS.
Pentadbiran Obama terpaksa menghadapi kenyataan bahawa sekatan Kongres itu ‘tidak mungkin dimansuhkan dalam tempoh terdekat’, ujar Holder.
“Kita tidak boleh membiarkan perbicaraan ditangguhkan lagi untuk mangsa serangan 11 September dan ahli keluarga mereka yang telah menuntut keadilan selama hampir sedekad,” jelas beliau.
Holder yang mendakwa beliau membuat keputusan itu dengan ‘berat hati’, secara rasmi mengemukakan kes-kes Sheikh Mohammed, Walid bin Attash, Ramzi Binalshibh, Ali Abd al-Aziz Ali dan Mustapha Ahmed al-Hawsawi kepada Jabatan Pertahanan AS untuk mereka dibicarakan oleh suruhanjaya tentera.
Keputusan itu diambil pada hari sama Obama mengumumkan rancangan untuk bertanding semula pada pilihan raya Presiden 2012, dan juga menyusuli keputusan Mahkamah Agung AS, awal semalam untuk menolak tiga rayuan oleh tahanan Guantanamo yang membantah penahanan mereka tanpa tempoh ditetapkan.
Obama ketika mula menjadi Presiden pada 2009 berjanji untuk menutup Guantanamo dalam tempoh setahun, dengan menggambarkan kem tahanan itu sebagai simbol bagi segala pencabulan dalam ‘perang menentang keganasan’ yang dilancarkan oleh Presiden terdahulu, George W. Bush.
Namun, perbicaraan berprofil tinggi yang dirancang untuk Sheikh Mohammed dan empat lagi suspek anggota al-Qaeda itu di Guantanamo menunjukkan Obama sudah berputus asa untuk menutup kem tahanan tersebut dalam tempoh terdekat ini. – AFP
Pemeriksaan radiasi di taman sekolah
TOKYO 5 April - Jepun hari ini memeriksa kandungan radiasi di taman-taman permainan sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak di Fukushima berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap kebocoran nuklear di loji jana kuasa Daiichi.
Menurut pegawai, lebih 1,400 sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak akan terlibat dalam pemeriksaan selama dua hari itu.
Pegawai dalam pada itu berkata, kanak-kanak tidak berhadapan risiko akibat pembebasan radiasi jika mereka berada di luar zon larangan yang ditetapkan pada jarak 30 kilometer radius dari loji jana kuasa Daiichi, Fukushima.
Operator loji tenaga nuklear, Tokyo Electric Power Co.(TEPCO), hari ini mula membayar 'pampasan' kepada mangsa-mangsa krisis nuklear Fukushima yang dianggap terburuk selepas bencana Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Menurut TEPCO, bayaran tersebut akan disalurkan kepada kerajaan tempatan untuk membantu usaha memindahkan penduduk dan diberikan secara terus kepada mangsa-mangsa yang terdedah kepada radiasi.
Operator loji itu turut mengumumkan, pihaknya mengesan paras radiasi berjuta-juta kali lebih tinggi berbanding had dibenarkan di dalam air laut sejak beberapa hari lalu.
Menurut TEPCO, sampel air laut yang diambil berhampiran sebuah daripada reaktor tersebut mengandungi 7.5 juta paras radioaktif iodin berbanding yang dibenarkan pada Sabtu lalu dan ia menurun ke paras 5 juta, semalam.
Bacaan itu direkod sebelum operator loji melepaskan kira-kira melepaskan kira-kira 11,500 tan air mengandungi bahan radioaktif ke laut hari ini bagi mengosongkan tangki di loji jana kuasa itu.
Langkah itu dibuat bagi membolehkan air yang mengandungi paras radiasi lebih tinggi disimpan di tangki tersebut.
Pakar berkata, radiasi boleh meresap dengan cepat di laut, tetapi masih belum jelas sejauh manakah ia boleh mengakibatkan pencemaran. - Agensi/Reuters/AP
Rumah haram Yahudi
Keputusan itu dibuat menjelang pertemuan antara Presiden Israel, Shimon Peres dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, hari ini.
Ahli politik Elisha Peleg daripada parti sayap kanan, Parti Likud mengesahkan pembinaan projek terbaru itu berhampiran bandar Baitulaham di Tebing Barat dan ia diluluskan semasa sesi persidangan majlis perbandaran, petang semalam.
'Sudah tentu kita meluluskannya, ini hanya langkah awal,' katanya.
Menurut majlis perbandaran terlibat, projek terbaru itu merupakan pembinaan penempatan tambahan kepada 900 unit rumah di Gilo yang diluluskan pada November 2009 yang mengundang kritikan hebat Washington yang kecewa dengan tindakan rejim Zionis itu.
Keputusan terbaru Israel itu segera mendapat reaksi daripada Palestin semalam yang mengecamnya dan Palestin akan meminta bantuan masyarakat antarabangsa agar menggesa rejim Yahudi itu menghormati undang-undang antarabangsa.
'Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan terbaru Majlis Perbandaran Baitulmaqdis itu. Keputusan itu, sekali lagi membuktikan Israel telah memilih penempatan berbanding rundingan damai,' kata perunding Palestin, Saeb Erakat. - AFP