Pages

Wednesday, April 6, 2011

Tiga mati dan 15 cedera dalam pertempuran di Yaman

SANAA (Yaman): Tiga orang mati dan 15 cedera semalam apabila penyokong Presiden Yaman, Encik Ali Abdullah Saleh, bertempur dengan pemberontak - yang mahu pemimpin itu meletak jawatan - dan askar yang melindungi pemberontak itu, kata kementerian pertahanan.
Seorang wartawan Reuters di situ berkata pertempuran tercetus apabila pemberontak cuba berarak dari khemah mereka ke jalan menuju khemah seorang jeneral tentera yang kuat menyokong gerakan prodemokrasi itu.Mereka bertembung dengan beberapa penyokong Encik Saleh, yang melepaskan tembakan. Pemberontak pula membaling batu.Tidak jelas siapa yang memulakan pergaduhan itu, kata wartawan tersebut.Kementerian pertahanan berkata pergaduhan itu tercetus apabila sekumpulan ahli puak yang menyokong Encik Saleh pergi ke ibu pejabat Jeneral Ali Mohsen dalam satu usaha damai.Pemberontak dan askar-askar Jeneral Mohsen menyerang anggota-anggota puak tersebut hingga terjadi tembak-menembak, kata kementerian itu.Askar-askar Jeneral Mohsen berpangkalan di jalan berhampiran tempat pemberontak berkhemah.Di sebuah klinik sementara di khemah pemberontak, ahli perubatan telah menerima mayat seorang lelaki yang ditembak di kepala serta lapan orang cedera yang kebanyakannya terkena balingan batu. Namun, belum jelas jika angka kematian daripada kementerian pertahanan itu termasuk mereka yang ada di dalam klinik sementara itu.Di Taez, bandar di selatan ibu kota Sanaa, pertempuran masih berlaku antara pasukan keselamatan dengan pemberontak. Televisyen Al-Jazeera melaporkan ratusan pemberontak cedera.Sementara itu, parti-parti pembangkang menggesa masyarakat dunia, kuasa-kuasa serantau dan kumpulan hak asasi agar membantu menghentikan pertumpahan darah di negara itu.Lebih 120 orang maut dan sekitar 5,000 cedera sejak pihak berkuasa bertindak ke atas rusuhan yang tercetus sejak lewat Januari lalu. -- AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment