Pages

Wednesday, December 28, 2011

Zuckerberg tunggang kerbau



GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan Mark Zuckerber menunggang seekor kerbau dengan seorang petani berjalan di tepi haiwan itu di lokasi pelancongan terkenal, Sapa di wilayah Lao Cai, Vietnam.


HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).

Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.

Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas.

Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.

Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan.

Dia mengasaskan Facebook pada 2004.

Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment