Pages

Wednesday, December 28, 2011

Pemimpin Korea Utara menangis


KIM JONG-UN sebak semasa menziarahi jenazah bapanya, Kim Jong-il di Pyongyang semalam.


PYONYANG, Korea Utara - Pemimpin komunis baharu Korea Utara, Kim Jong-un menangis semasa menziarahi mayat bapanya, Kim Jong-il yang diletakkan di dalam sebuah keranda di sini.

Beberapa gambar yang diperoleh agensi berita Reuters semalam menunjukkan beliau mengesat air matanya dengan sehelai sapu tangan selepas upacara ziarah berkenaan selesai.

Majlis pengebumian Jong-il dijadual diadakan pada pukul 10 pagi hari ini, Tiada delegasi asing dijemput menghadiri majlis pengebumian tersebut di sini.

Pemimpin kuku besi berkenaan yang memerintah Korea Utara selama 17 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Disember lalu ketika berusia 70 tahun.

Berjuta-juta rakyat Korea Utara berkabung di sini sejak beberapa hari lalu bagi memperingati kematian Jong-il.

Tempat beliau digantikan oleh anak bongsu Jong il, Jong-un yang berusia lewat 20-an.

Baru-baru ini, Jong-un digelar pemerintah tertinggi angkatan bersenjata Korea Utara yang memiliki kekuatan 1.2 juta askar serta program senjata nuklear.

Gelaran tersebut dilakukan sebagai persediaan untuk melantik Jong-un yang pernah mendapat pendidikan di Eropah sebagai pemerintah Korea Utara yang baharu bagi menggantikan bapanya. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment