Pages

Wednesday, December 14, 2011

Rambut ‘Cleopatra’ akan dilelong

DALLAS: Barangan terpakai biasanya boleh dibeli dengan harga murah. Tetapi, rambut palsu ini, yang sudah diketahui kemasyhurannya, mungkin tidak begitu.

Rambut palsu yang dipakai oleh Elizabeth Taylor dalam filem Cleopatra, antara yang terkenal dalam industri perfileman, akan dijual.

Ia dijangka mencapai harga 10,000 paun (RM50,000) apabila dilelong hari ini.
Rambut palsu itu dipercayai satu daripada tiga versi yang dibuat untuk filem yang diterbitkan pada 1963, penerbitan paling mahal ketika itu hingga hampir menyebabkan syarikat 20th Century Fox muflis.

Selepas penggambaran siap, rambut palsu itu yang diperbuat daripada rambut manusia dan dihiasi dengan manik berwarna keemasan, disimpan oleh perekanya, Stanley Hall.
Dia kemudian memberikannya kepada seorang jurumekap artis Hollywood yang menyimpannya selama hampir 30 tahun.


Jurucakap Heritage Auctions di Dallas, Texas, Margaret Barrett berkata: “Jika anda mengenangkan filem itu dan Elizabeth Taylor, anda boleh melihatnya dalam rambut palsu ini. Ia kelihatan begitu asli.” - AP

myMetro | Rambut ‘Cleopatra’ akan dilelong:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment