Pages

Wednesday, December 14, 2011

Iklan kematian ibu untuk elak dibuang kerja

BROOKVILLE: Kerana tidak tahu cara terbaik untuk memberi alasan kerana tidak hadir bekerja, Scott Bennett bertindak dengan menyiarkan notis kematian ibunya dalam sebuah akhbar tempatan.

Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri apabila rakan dan sanak saudara menghulurkan ucapan takziah dengan menelefon rumah keluarganya dan dijawab oleh ibunya yang berada dalam keadaan sihat.

Wanita itu kemudian ke pejabat akhbar untuk membuktikan dia masih lagi hidup.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai hal itu dan kini, polis Brookville di Pennsylvania, mendakwa Bennett, 45, atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh.


Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu akan digantung kerja atau dipecat oleh majikannya.


Bennett menyiarkan nota kematian itu kerana tidak mahu dibuang kerja selepas ponteng, kata polis.

Pengarang akhbar Jeffersonian Democrat, Randy Barley berkata, dia bersetuju menyiarkan notis itu kerana mempercayai Bennett meskipun tidak dapat mengesahkan urusan pengebumian.

Katanya, ibu Bennett yang datang ke pejabat akhbar itu, diberi penerangan mengenai apa yang berlaku dan dia dapat memahaminya. - Agensi

myMetro | Iklan kematian ibu untuk elak dibuang kerja:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment