AMMAN – Delegasi dari 15 negara merancang mengadakan perarakan di seluruh dunia pada 30 Mac depan sebagai tanda sokongan terhadap bandar Baitulmaqdis.
Wakil negara yang bermesyuarat di Amman, Jordan itu membincangkan mengenai usaha sama untuk menganjurkan perarakan besar-besaran menuntut rejim Israel menamatkan aktiviti pembersihan etnik terhadap penduduk asal Palestin di bandar suci itu.
Kesemua 15 negara yang menghadiri mesyuarat itu menggesa orang ramai di seluruh dunia untuk menyertai perarakan itu di negara masing-masing pada tahun depan.
Diadakan secara serentak di seluruh dunia, perarakan itu akan turut disertai tiga negara Arab yang berjiran dengan Palestin selain di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perarakan ini, Zaher Berawi berkata, perarakan tahun depan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah demonstrasi pro-Palestin.
“Ia akan menjadi usaha antarabangsa untuk menyampaikan mesej kepada Israel dan sekutunya bahawa kesabaran dunia terhadap pencabulan Zionis ke atas Baitulmaqdis telah sampai ke kemuncak,” katanya.
Pages
▼
No comments:
Post a Comment