Pages

Thursday, December 22, 2011

Pengganas Yahudi jadi ancaman baru Israel

  • Foto

    PENDATANG Yahudi membina sebuah kuil di Efrat, selatan Baitulmaqdis, sebagai membantah dasar kerajaan pimpinan Netanyahu membekukan pembinaan penempatan.

  • Foto

    PENDUDUK Palestin meninjau keadaan selepas pendatang Yahudi membakar kenderaan dan rumah di perkampungan Biteen, utara Ramallah.

Foto

PENDUDUK Palestin meninjau keadaan selepas pendatang Yahudi membakar kenderaan dan rumah di perkampungan Biteen, utara Ramallah.

Netanyahu ikrar sekat pelampau serang tentera


BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar sekali lagi untuk menyekat pendatang Yahudi daripada terus menyerang hartanah milik warga Israel dan Palestin kerana tindakan kerajaan merobohkan kediaman mereka yang tidak diiktiraf agensi awam.

“Kerajaan tidak akan membenarkan serangan dilakukan terhadap askar, anggota polis, penduduk Arab, Yahudi serta masjid,” kata Netanyahu kepada anggota tentera dalam satu majlis membakar lilin tanda permulaan sambutan lapan hari sambutan Hannukah atau ‘Pesta Cahaya’ di Tebing Barat.
Beliau berkata demikian di markas tentera Ephraim di utara Tebing Barat. Minggu lalu, 50 pelampau Yahudi memecah masuk me-rosakkan harta awam dan menyerang pegawai kanan.

Malah, seorang pendatang membuka pintu jip membawa Panglima Tentera Briged Wilayah Efraim, yang dilaporkan cedera akibat terkena batu di kepala.

“Kejadian terbabit mencemarkan demokrasi Israel yang berasaskan sikap patuh undang-undang selain menjejaskan reputasi tentera,” kata pejabatnya yang memetik beliau sebagai berkata.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Ehud Barak turut berucap dalam majlis sama, berpendapat 99 peratus pendatang akur kepada undang-undang dan mereka perlu lindungi kumpulan itu serta penduduk Palestin yang berada di bawah kuasa mereka.
Barak juga memberitahu wartawan, beliau menganggap pencerobohan di markas tentera Ephraim sebagai keganasan, justeru ia tanggungjawab pihak berkuasa menghentikan serangan seperti itu.

Isnin lalu, sekumpulan penyerang melakar grafiti anti Islam dan mesej pro pendatang Yahudi di sebuah masjid Tebing Barat.

Kumpulan pelampau yang sama dipercayai bertanggungjawab dalam serangan itu, yang ketujuh dalam tempoh seminggu.

Kelmarin, Kabinet Palestin mengutuk sikap kerajaan Israel yang hanya mendiamkan diri mengenai serangan berkenaan dan menggesa masyarakat antarabangsa mendesak negara Yahudi itu menamatkan keganasan pendatang.

Yahudi ultra nasionalis ketika ini melawan rancangan kerajaan Israel untuk merobohkan kediaman penempatan tidak rasmi dengan menyelongkar hartanah penduduk Palestin serta mula menceroboh markas tentera, rumah dan pejabat pemimpin kerajaan.

Perbuatan mereka di Tebing Barat itu adalah kejadian ketiga membabitkan masjid sejak Rabu minggu lalu yang berlaku ketika tentera Israel merobohkan kawasan penempatan Mitzpe Yitzhar.

Minggu lalu, Netanyahu mengarahkan tindakan lebih tegas dikenakan terhadap perusuh Yahudi selepas keganasan meningkat di srael disebabkan pendatang Yahudi khususnya terhadap markas tentera, Ephraim. – AFP
Berita Harian Online | Pengganas Yahudi jadi ancaman baru Israel:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment