Pages

Friday, December 16, 2011

Gunung Berapi Anak Krakatau sembur asal tebal

JAKARTA: Gunung berapi Anak Krakatau di perairan Selat Sunda yang masih diletakkan di peringkat amaran siaga, kerap menghembus asap tebal sejak beberapa hari kebelakangan walaupun aktiviti kegempaannya semakin berkurangan.

Asap tebal yang dihembuskan gunung berapi itu mencapai ketinggian antara 50 dan 100 meter, kata Andi Suardi, seorang petugas di sebuah pos pemantauan Anak Krakatau, di Lampung Selatan, Sumatera.
"Dalam tempoh itu, aktiviti kegempaan di gunung berapi berkenaan berkurangan menjadi hanya ratusan kali sehari berbanding ribuan kali sehari sebelum itu, namun keadaan itu cenderung berubah pada bila-bila masa sehingga aktivitinya sukar diramalkan," katanya seperti dipetik media tempatan hari ini.
Pusat Volkanologi Mitigasi dan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia meningkatkan peringkat amaran bagi gunung berapi Anak Krakatau ke peringkat siaga sejak 30 September lalu apabila aktiviti kegempaannya mencatat ribuan kali sehari dan peringkat amaran itu kekal sehingga hari ini.

Sehubungan itu, nelayan dan pelancong dinasihatkan menjauhkan diri dari Anak Krakatau dan hanya melakukan aktiviti di luar radius dua kilometer dari gunung berapi itu kerana ada kebimbangan letusan besar boleh berlaku pada bila-bila masa. - BERNAMA
Berita Harian Online | Gunung Berapi Anak Krakatau sembur asal tebal:

No comments:

Post a Comment