Pages

Friday, November 11, 2011

Wanita cacat tak serik hasil dadah ditahan

WAJAH asal Heather (kiri) pada 2003, cacat selepas letupan pada 2004 (tengah) dan wajah terkini selepas menjalani pembedahan.
WAJAH asal Heather (kiri) pada 2003, cacat selepas letupan pada 2004 (tengah) dan wajah terkini selepas menjalani pembedahan.

MIAMI: Seorang wanita muda yang menjadi cacat selepas terbabit dalam satu letupan di makmal dadah ditahan kerana menghasilkan bahan terlarang itu lagi.

Heather Raybon, 31, mengalami kecacatan pada wajah akibat letupan di makmal methamphetamine pada 2004.


Dia ditahan sekali lagi semalam selepas polis menyerbu sebuah treler di Milton, Florida ketika mereka cuba menangkap seorang banduan yang lari, Brian Mauldin.

Di dalam treler itu, polis terhidu bau bahan kimia yang kuat dan mengesyaki dadah methamphetamine sedang dihasilkan.


Pegawai polis turut melihat peralatan menghasilkan dadah dibiarkan secara terbuka dan segera menghubungi unit narkotik.


Polis yang menggeledah kediaman itu menemui bahan yang digunakan untuk menghasilkan methamphetamine.

Anggota bomba dihubungi ke kediaman treler itu kerana bimbang letupan dan kebakaran yang berlaku.


Heather dan William Hindall, 30, yang berada di dalam treler itu ditahan dan didakwa kerana mengedar methamphetamine dan memiliki peralatan serta bahan kimia untuk menghasilkan dadah.

myMetro | Wanita cacat tak serik hasil dadah ditahan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment