Tarikh : November 23, 2011
GEOREGETOWN - Layak digelar nenek namun perangai persis remaja yang baru meningkat umur. Itu gambaran yang boleh dibuat ke atas tiga wanita yang dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas didapati bersalah memiliki dadah.
Aloyah Abdul Hamid, 56; Norlia Yahya, 42; dan Saadiah A Rahman, 54, didapati bersalah selepas ditahan pada 28 September lalu kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah di Jalan Selangor di sini.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 0.75 gram.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Ketiga-tiga wanita itu yang hadir ke mahkamah berpakaian penjara bagaimanapun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Ketika diberi kesempatan membuat rayuan, mereka merayu dikenakan hukuman ringan bermula dari tarikh tangkapan.
Difahamkan, mereka kini sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan mengambil dadah.
Majistret Noor Aini Yusof kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan yang dijalankan serentak dengan hukuman yang dikenakan sebelum ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Nur Farhana Hashim.
'via Blog this'
Setelah kerajaan Melayu umno perintah negara ni lebih 50 tahun... hidup melayu mencekik kehidupan bangsa itu sendiri... Bangsa termiskin di negara kerajaan melayu umno...
ReplyDelete