Pages

Saturday, November 19, 2011

Remaja ancam bunuh diri elak tubuh terus ‘diratah’

KAJANG: Ancaman seorang remaja perempuan ingin membunuh diri dengan menikam perutnya menggunakan pisau berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus menjadi tawanan dan pemuas nafsu beberapa lelaki di sebuah rumah kedai, di bandar Kajang, kelmarin.

Remaja berusia 19 tahun itu yang terdesak melarikan diri selepas dua kali diperkosa teman lelaki dan rakan bertindak berani mengambil pisau di dapur sebelum berlakon seolah-olah ingin menikam perut jika mereka enggan membebaskannya segera.


Semua suspek berusia 20-an yang panik dengan tindakan luar jangkaan itu akur dengan ugutan mangsa sebelum membuka pintu dan membiarkan mangsa melarikan diri.

Menurut sumber, suspek yang masih tidak berpuas hati cuba mengejar mangsa namun berpatah balik apabila melihat kereta peronda polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan menghampiri mangsa.


“Sengsara mangsa selepas beberapa jam dijadikan ‘hamba seks’ suspek berakhir sebaik sahaja dia diselamatkan polis yang membawanya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan dan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa.


“Malah suspek menyedari kehadiran polis turut melarikan diri selepas panik melihat mangsa diselamatkan pihak berkuasa,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu sumber berkata, remaja malang terbabit pada mulanya diajak keluar makan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam tanpa mengesyaki niat keji suspek terhadapnya.


“Suspek menjemput mangsa dengan motosikal di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri, sebelum terus membawanya ke Kajang dengan alasan ingin keluar makan bersama.

“Bagaimanapun, dia mula berasa pelik apabila temannya itu melencong ke tempat lain sebelum berhenti di sebuah rumah kedai,” katanya.


Sumber berkata, syak sesuatu tidak kena, mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek menariknya masuk ke dalam rumah itu.


“Suspek seterusnya memaksa mangsa untuk masuk ke dalam bilik dan mengugut untuk mencederakannya jika mangsa enggan menuruti permintaannya.


“Sebaik masuk, suspek yang tidak dapat menahan gelora nafsu merogol mangsa walaupun dia merayu berkali-kali supaya tidak dinodai,” katanya.


Katanya, selepas puas ‘meratah’ tubuh mangsa, seorang lagi rakan suspek masuk ke dalam bilik berkenaan dengan niat yang sama.


“Mangsa sekali lagi dipaksa melayani kehendak seks lelaki itu yang mengugut akan mencederakannya jika enggan mengikut kemahuan suspek.


“Selepas puas meratah tubuh mangsa, suspek terus keluar dan menyuruh seorang lagi rakannya masuk ke dalam bilik itu,” katanya.


Sumber itu berkata, tidak tahan terus dijadikan tempat pemuas nafsu, dia akhirnya nekad melawan dan menolak suspek sehingga terjatuh sebelum berjaya keluar dari bilik berkenaan dan berlari menuju ke dapur.


“Dia lantas mencapai pisau menyebabkan teman lelaki dan rakannya tersentak dan berusaha untuk mendapatkannya menyebabkan mangsa mengugut untuk membunuh dirinya.


“Panik dengan tindakan mangsa, seorang daripada mereka membuka pintu rumah berkenaan sebelum mangsa melarikan diri ke jalan utama,” katanya.


Derita mangsa berakhir apabila terserempak dengan kereta peronda polis yang membuat rondaan rutin sebelum dia di bawa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro | Remaja ancam bunuh diri elak tubuh terus ‘diratah’:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment