Pages

Saturday, November 19, 2011

Demi cinta sanggup biar anak mati didera kekasih

JOHOR BAHRU: Baru dua bulan berkenalan dan tinggal bersama, perasaan cinta terhadap teman lelakinya itu menyebabkan seorang ibu tidak menghalang lelaki berkenaan bertindak ganas dengan mendera anak sulungnya hingga meninggal dunia, kelmarin.

Difahamkan, wanita berusia 30-an itu hilang arah selepas suaminya dikatakan pulang ke India sejak kira-kira dua tahun lalu, menyebabkannya tidak bekerja lalu berkenalan dengan lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, wanita itu dipercayai mengambil keputusan mengikut teman lelakinya itu dan tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Hang Tuah 5, Taman Skudai Baru di sini, sejak lebih dua bulan lalu bersama mangsa dera, K Shatis, tiga tahun dan anak bongsunya, 11 bulan.

Bagaimanapun, pilihan wanita itu nyata silap apabila lelaki itu bukan saja dikatakan kuat minum minuman keras, malah mendera anak sulung teman wanitanya itu dan enam anak lelakinya sejak mereka tinggal bersama.


Dalam perkembangan lain, Shatis disahkan meninggal dunia di rumah itu akibat kecederaan berganda di kepala.


Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa, K Shatis, meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa kesan dipercayai dera di badan mangsa dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan sejak bilakah mangsa dan semua kanak-kanak lain itu didera lelaki berkenaan.


Katanya, terdapat kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa dan pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

myMetro | Demi cinta sanggup biar anak mati didera kekasih:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment