Pages

Saturday, November 26, 2011

Musharraf pulang 2012

DUBAI: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dianggap mengambil langkah mengejutkan untuk pulang lebih awal ke tanah air pada 31 Januari 2012, bukan 23 Mac.

Krisis politik yang semakin serius dan peningkatan mendadak populariti Imran Khan di Pakistan kononnya menyebabkan Musharraf membuat keputusan itu.
Musharraf yang tinggal dalam buangan, melancarkan parti politiknya sendiri Liga Islam Pakistan (APML) Oktober lalu dalam cubaan memberi pilihan ketiga dalam pilihan raya Pakistan. “Kami hampir memuktamadkan struktur organisasi parti di Pakistan dan memberi laluan untuk kepulangan pemimpin kami,” kata jurucakap APML, Fawad Chaudhry, kepada Gulf News.

Apabila ditanya mengenai kepulangan awal Musharraf, beliau tidak mengesahkan tarikh itu namun mengakui keputusan diambil supaya Musharraf kembali lebih awal. Beliau berkata rancangan rasmi kepulangannya akan diumumkan akhir bulan depan.

Kira-kira lima pesawat dipenuhi penyokong akan menemani Musharraf ke Pakistan. Beliau akan memulakan perjalanannya dari London dan sampai ke Pakistan menerusi Dubai. Bagaimanapun, satu keputusan belum diambil sama ada beliau akan mendarat di Karachi atau Islamabad.

Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Pakistan mendedahkan kepada Gulf News bahawa Islamabad sudah memaklumkan kepada Musharraf mengenai ancaman terhadapnya jika pulang.
“Kami menasihatkannya tidak pulang kerana ada ancaman terhadap dirinya bukan hanya daripada pelampau namun pihak lain,” kata pegawai itu. – Agensi
Berita Harian Online | Musharraf pulang 2012:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment