Pages

Saturday, November 26, 2011

Jari Saif al-Islam perlu dibedah segera

ZINTAN: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al Islam perlu dibedah untuk membuang daging mati akibat kudis di ibu jari dan jari lain kerana beliau boleh jatuh sakit jika tidak dirawat.

Saif al-Islam diberi rawatan akibat kecederaan di tangan kanan akibat serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), beberapa minggu lalu. Tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung keadaan ibu jari, jari telunjuk dan tengah Saif yang berbalut.
“Lukanya tidak berada dalam keadaan baik dan jarinya perlu dipotong. Bahagian lukanya sudah mati dan semakin merebak,” kata doktor kelahiran Ukraine, Andrei Murakhovsky yang merawatnya selama tiga hari di Zintan, tempat Saif ditahan.
Pejuang dari pergunungan barat Libya menangkap Saif di kawasan gurun Sabtu lalu dan membawanya ke kubu kuat di Zintan untuk menunggu menyerahkannya kepada kerajaan sementara.

Jari tengah Saif tidak perlu dibedah tetapi dua lagi cedera dan mengeluarkan nanah, kata Murakhovsky.

“Jari telunjuknya terkoyak sehingga sampai ke tulang jari tengah (tulang jari), tulangnya berkecai. Begitu juga dengan ibu jari,” katanya.

Ketika gambar jari berbalut Saif disiarkan, ramai rakyat Libya menyangka mereka yang menangkap anak Gaddafi itu sudah memotong jarinya sebagai hukuman. Bagaimanapun, Murakhovsky, berkata keadaan kecederaan itu menunjukkan ia akibat terkena bahan letupan.

Pembedahan yang diperlukan agak mudah dan boleh dilakukan di Zintan dengan bius di tempat kecederaan, kata Murakhovsky.

Tetapi, tentera di situ bimbang ada pihak yang akan membunuh Saif jika mereka membawanya ke hospital.

Perdana Menteri Libya, Abdurrahim El-Keib berkata Saif kini menerima rawatan terbaik walaupun tidak dijaga kerajaan sementara.

Pejuang Zintan berkata, mereka akan menyerahkan Saif sebelik kerajaan sementara ditubuhkan. Kabinet mengangkat sumpah Khamis lalu dengan Menteri Pertahanan dipegang ketua majlis ketenteraan Zintan.

Murakhovsky berkata, hanya sebahagian kecil ibu jari dan jari telunjuk Saif akan dibuang dan beliau berkata pembedahan tidak perlu segera.

Bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa dirawat, jangkitan akan merebak ke salur darah dan membawa kepada jangkitan tulang sum-sum yang seterusnya menjejaskan kesihatannya secara keseluruhan, kata Murakhovsky. – Reuters
Berita Harian Online | Jari Saif al-Islam perlu dibedah segera:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment