Pages

Friday, November 11, 2011

Iran ancam AS, sekutu

TEHERAN: Iran berikrar memberi “tindak balas maksimum” terhadap sebarang serangan atau ancaman tindakan ketenteraan ke atas negara itu, kata Ayatollah Ali Khamenei, semalam.

Pemimpin tertinggi Iran itu berkata, mesej itu ditujukan khas kepada musuh negara, terutama Amerika Syarikat dan konco-konconya serta rejim Zionis.


“Tindak balas menyeluruh ini akan dibuat terhadap sebarang serangan - malah ancaman - sehingga kemusnahan berlaku dari dalam pihak musuh,” katanya ketika berucap di kolej tentera, semalam.

Kenyataan keras itu dibuat sebagai reaksi ancaman Israel untuk menggunakan serangan udara ke atas kemudahan nuklear Iran pada minggu lalu.


Presiden Israel, Shimon Peres, berkata tindakan ketenteraan itu “semakin pasti”.


Serangan lisan di antara Teheran dengan AS dan Israel semakin meningkat sejak agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan laporan mendakwa ada bukti “kukuh” menunjukkan program nuklear Iran digunakan untuk membina senjata.

Memetik “sumber boleh dipercayai,” Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mendakwa program berkenaan dijadikan projek penyelidikan untuk memasang peledak nuklear pada peluru berpandu Iran.


Ekoran pendedahan laporan itu, Teheran berkata, mereka tidak akan tunduk walaupun sedikit dan bersedia menghadapi sebarang serangan luar.

Timbalan Panglima Tentera Iran, Masoud Jazayeri, berkata Israel bakal melihat kemusnahannya sendiri jika mereka menyerang negara berkenaan.


Kata Masoud, tapak senjata nuklear Israel di Dimona di kawsan padang pasir Negev adalah antara sasaran paling mudah untuk diserang Iran.


“Dalam keadaan begitu, tindak balas kami tidak hanya terhad di Timur Tengah,” katanya. - AFP

myMetro | Iran ancam AS, sekutu:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment