MOUNTAIN VIEW, California 17 Nov. - Enjin pencarian Google semalam memperkenalkan ciri terbarunya, Verbatim yang memudahkan carian pengguna, umum Google.
Mod Verbatim boleh dicapai dengan menekan butang Show search options yang berada di sebelah kiri halaman keputusan carian Google.
Melalui mod Verbatim, Google akan menyenaraikan carian pengguna berdasarkan perkataan penuh yang ditaip pada kotak enjin carian.
Menurut blog Google, mod Verbatim berbeza dengan enjin pencarian Google yang sedia ada kerana ia tidak akan ‘memperbaiki’ carian.
Mod Verbatim tidak akan melakukan pembetulan ejaan secara automatik, mengaitkan dengan laman web yang pernah dilawati sebelum ini dan menyertakan sinonim.
Ia juga tidak akan mengeluarkan keputusan carian yang maksudnya serupa dan mencari perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama.
Sebelum ini, pengguna perlu menggunakan tanda ‘+’ antara perkataan untuk mendapatkan carian yang tepat tetapi Google menggantikannya dengan tanda pembuka dan penutup kata (“ ”) antara perkataan.
Ada yang menyatakan pencarian dengan menggunakan tanda `+’ itu digantikan kerana Google mahu menggunakannya dalam profil Google+ tanpa mengelirukan pengguna.
Oleh itu, Google mencipta Verbatim bagi memudahkan pencarian perkataan yang disifatkan enjin carian itu lebih tepat dan mudah. - Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment