Pages

Friday, November 18, 2011

Allianz tawar insurans untukpelancong ke angkasa lepas

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


FRANKFURT 17 Nov. - Sebuah syarikat Jerman mula menawarkan insurans perjalanan ke angkasa lepas menjelang pelancaran lawatan komersial pertama ke ruang angkasa tahun depan.

Firma insurans gergasi, Allianz akan mula menawarkan polisi perjalanan itu tahun depan, bersesuaian dengan pelancaran Virgin Galactic, syarikat penerbangan angkasa lepas milik Virgin Group.

Setakat ini kira-kira 450 orang telah menempah pakej perjalanan berharga AS$200,000 (RM630,529) itu yang akan mengambil masa selama lima minit untuk ke ruang angkasa sub orbit, tempat di mana graviti berada pada paras sifar dan bentuk bumi serta kehitaman angkasa lepas dapat dilihat.

Pengarah akaun Allianz yang bertanggungjawab ke atas rancangan itu, Erick Morazin berkata, harga insurans itu masih belum diputuskan tetapi memberitahu tahap asas untuk insurans bagi perjalanan seperti itu kemungkinan bermula dari AS$700 (RM2,206) hingga AS$10,000 (RM31,526).

"Kami melihat pelancongan angkasa lepas sebagai pasaran baru kami untuk generasi pelancong akan datang.

"Biasanya harga polisi insurans adalah antara tiga hingga empat peratus daripada kos keseluruhan perjalanan itu," katanya.

Menurut Morazin, Allianz telah menggariskan kira-kira 20 pakej insurans berbeza yang menambah perlindungan ke atas perubatan, bagasi dan beberapa polisi asas lain.

Beliau bagaimanapun bimbang untuk memberi banyak maklumat kerana khuatir syarikat pesaing akan merebut pasaran baru insurans itu. - REUTERS


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment