Pages

Monday, October 24, 2011

PM kesal bekas pemimpin dibunuh

myMetro | PM kesal bekas pemimpin dibunuh: "LONDON: Perdana Menteri Libya, Mahmoud Jibril kesal dengan pembunuhan bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.

Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Mahmoud berkata, dia lebih suka jika Gaddafi ditangkap hidup kerana ia akan membolehkan bekas pemimpin Libya itu dibicarakan ke atas jenayah yang dilakukannya selama 42 tahun memerintah.
Mayat Gaddafi diletakkan untuk tatapan umum di Libya, kelmarin dengan kecederaan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan pemberontak yang menangkapnya dari saluran pembetung air di Sirte.

“Secara peribadi dengan jujurnya saya katakan saya lebih suka jika Gaddafi masih hidup. Saya mahu tahu mengapa beliau lakukan jenayah terhadap rakyat Libya,” katanya dalam wawancara yang disiarkan BBC, semalam.


“Saya berharap untuk menjadi pendakwa raya dalam perbicaraannya kerana ia menjadi pertanyaan dalam fikiran setiap orang. Mengapa? Adakah rakyat Libya berhak ditindas dan dibunuh selama 42 tahun?” katanya. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment