Pages

Saturday, August 27, 2011

Wanita rancang bunuh bapa, dibebas

SAO PAOLO: Seorang wanita berusia 44 tahun, dibebaskan daripada tuduhan mengatur pembunuhan kontrak ke atas bapanya yang telah merogolnya selama 35 tahun dan menghamilkannya sebanyak 12 kali.
Jurucakap mahkamah berkata, Severina Maria de Silva dituduh mengatur pembunuhan bapanya pada November 2005 dan telah mengaku bersalah atas kesalahannya.
Katanya, apabila dia mendapat tahu bapanya cuba merogol salah seorang anak perempuannya, dia telah mengupah dua orang lelaki untuk membunuh bapanya di rumahnya di utara bandar Caruaru.

Pendakwaraya memberitahu juri wanita itu mesti dibebaskan kerana “dia tiada jalan lain dan terpaksa melakukan jenayah ini,” kata jurucakap di mahkamah di Pernambuco. -AFP

No comments:

Post a Comment