Pages

Saturday, August 27, 2011

Sebulan layan along di kelab


KESAL...Syarifah Azliner menunjukkan pelbagai dokumen
KESAL...Syarifah Azliner menunjukkan pelbagai dokumen

KUALA LUMPUR: “Saya dah tak ada jalan, terpaksa buat pinjaman dengan along. Sekarang hutang dah RM15,000. Semua ini berlaku akibat kecewa dengan institusi perbankan,” kata Syarifah Azliner Hajar Syed Khalid, 40.
Dia mendakwa permohonan untuk mendapat pinjaman skim mikro kewangan dengan beberapa institusi perbankan tidak diluluskan tanpa alasan munasabah manakala permohonan dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional yang dibuat pada 13 Julai lalu di Bandar Tasik Selatan, di sini, masih dalam status ‘menunggu’.

Berikutan itu, dia yang mengusahakan pakej hantaran untuk perkahwinan kini dalam dilema apabila ramai pelanggan tetapnya mula melarikan diri berikutan gagal menyiapkan tempahan dalam tempoh ditetapkan.

“Malah, untuk dapatkan pinjaman along bukan mudah. Saya terpaksa layan mereka hampir sebulan di kelab malam.

“Jika tak permohonan saya tidak diluluskan. Untuk buat pinjaman dengan individu persendirian, lain pula ceritanya, saya diajak ke hotel,” katanya yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan beroperasi di rumahnya di Bandar Tun Razak, di sini.

Syarifah Azliner mengusahakan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu. Dia mendakwa tidak mempunyai hutang tertunggak melainkan lewat membayar kad kredit dan kereta.


Dia mendakwa, pinjaman dengan along jalan terakhir yang mampu dilakukan selepas putus harapan terhadap institusi perbankan dan agensi berkaitan kerajaan kerana pelbagai kerenah birokrasi.

“Bermula dengan RM2,000, kemudian saya pinjam sedikit demi sedikit dan sekarang angkanya mencecah RM15,000 termasuk bunga.
“Saya tahu akibat membuat pinjaman dengan along, tapi dah terdesak. Di mana lagi mahu dapatkan wang untuk berniaga,” katanya menambah hanya bidang perniagaan yang mampu dilakukan sejak 20 tahun lalu.

Syarifah Azliner berkata, dia berusaha mengikuti nasihat diberikan institusi perbankan bagi membolehkannya mendapatkan modal perniagaan.

“Pihak bank nasihatkan saya bayar cukai perniagaan dan saya pernah buat.

“Malah, saya juga menukar alamat dalam kad pengenalan, kononnya mudah untuk mendapatkan kepercayaan daripada pihak bank, tapi itu semua tidak betul,” katanya.hmetro

No comments:

Post a Comment