DAMSYIK: Tentera Syria yang disokong kereta kebal mengepung bandar Homs semalam, sehari selepas 26 terbunuh diserang pasukan keselamatan kerajaan di Latakia, kata aktivis.
Ketika tentangan kumpulan antikerajaan berlanjutan untuk bulan kelima, Pemantau Hak Asasi Syria mendakwa, penembak curi membunuh seorang lelaki tua di bandar Hula.
Kenyataan pertubuhan berpangkalan di Britain itu berkata, penduduk Hula kini terkepung.
“Tentera melakukan serangan dan tangkapan selepas orang awam ditembak bertalu-talu,” katanya.
Satu kumpulan hak asasi manusia lain berkata, sejumlah besar kereta kebal memasuki Hula pagi semalam.
“Anggota keselamatan mengawal semua laluan masuk ke Hula dan mula melepaskan tembakan bagi menakut-nakutkan orang ramai sebelum menyerbu dan tangkap mereka,” katanya.
Operasi itu berlangsung sehari selepas kapal perang menyertai serangan ke atas Latakia.
Ia adalah serangan dari laut pertama dilakukan kerajaan sejak kebangkitan rakyat pada 15 Mac lalu. - AFP
-hmetro

Nampaknya usia Basyar sebagai Presiden sudah sampai ke penghujung.
ReplyDeleteSatu persatu diktator akan turun
ReplyDeletesamaada turun sendiri atau dipaksa turun.