Pages

Friday, August 12, 2011

Pukau sebelum rompak mangsa

JAKARTA: Polis Jakarta Utara semalam menahan lima warga Malaysia yang menggunakan ilmu pukau untuk merompak berjuta-juta rupiah daripada mangsa mereka.
Suspek ialah Amirudin bin Nurdin, Nasrudin Dale atau Ledal bin Nurdin, Budiman Mente, Saripudin Dandra atau Pandra bin Ms Pande, dan Rusli bin Samsudin.

“Mereka ditahan di Koja, Jakarta Utara, kira-kira jam 3 petang,” kata Ketua Polis daerah, Andap Bhudi di Jakarta.

Menurutnya, polis juga merampas tiga jam, 50 kad pengeluar wang tunai ATM, tiga komputer riba, tiga telefon bimbit, 22 resit pembelian emas, barang kemas, wang tunai AS$70 (RM210) dan Rp1.62 juta (RM570).

Andap berkata, kumpulan itu melakukan jenayah dengan mengggunakan jam tangan Rolex palsu. Amirudin akan memikat pelanggan dengan menawarkan jam palsu itu untuk ditukarkan dengan wang tunai.

Menurutnya, ketika Amirudin berbual dengan mangsa, seorang lelaki lain akan tiba dan berpura-pura berminat untuk membeli. Ketika inilah mereka akan memukau mangsa dan meminta kad ATM serta kod PIN, kata Andap.


Kumpulan itu didakwa aktif melakukan jenayah itu di kawasan Tanjung Priok, Koja, Kelapa Gading, Pademangan, Depok, Senen dan Menteng.

“Kami mahu semua penduduk yang menjadi mangsa mereka tampil untuk membuat aduan,” katanya. - Agensi
-hmetro

No comments:

Post a Comment