Pages

Tuesday, August 9, 2011

Penghuni menara Burj Khalifa berbuka lebih lewat

BURJ KHALIFA...penghuni yang ada di tingkat 80 dan ke atas perlu menunggu dua hingga tiga minit lebih lama sebelum boleh berbuka.

BURJ KHALIFA...penghuni yang ada di tingkat 80 dan ke atas perlu menunggu dua hingga tiga minit lebih lama sebelum boleh berbuka.
DUBAI: Umat Islam yang tinggal di dalam bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, terpaksa berpuasa lebih lama sepanjang Ramadan.
Ketua ulama Dubai, Mohammed al-Qubaisi, berkata penghuni yang berada di tingkat 80 dan ke atas bangunan itu perlu berbuka dua minit lebih lewat berbanding orang lain.

“Penghuni di tingkat 150 dan ke atas pula perlu berbuka lewat tiga minit,” katanya.

Keadaan itu, kata Mohammed, berlaku kerana mereka melihat matahari lebih lama berbanding orang Islam yang ada di bawah.

“Keadaan mereka sama seperti dialami seseorang Muslim yang bermusafir menggunakan kapal terbang atau penghuni kawasan tanah tinggi.

Menara Burj Khalifa setinggi 828 meter dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 dan memiliki 160 tingkat yang boleh dihuni. - ANhmetro

No comments:

Post a Comment