Pages

Tuesday, August 9, 2011

Hilang 3 ahli keluarga serentak

Foto
Sukainai Jaafar, 18, tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan ibu, bapa dan adiknya dalam tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata kelmarin. Sambil mengesat air mata dia tabah menunggu untuk menuntut jenazah ahli keluarganya di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Cameron Highlands semalam.




Foto
SAADIA Yusop mendukung anaknya, Izran Sitip melintasi jalan berlatar belakangkan tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, semalam.



Saudara baru sedih tak sempat berbuka puasa bersama, sambut Aidilfitri

CAMERON HIGHLANDS: Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tidak lagi bermakna bagi saudara baru, Sukainai Jaafar, yang memeluk Islam tiga tahun lalu selepas kehilangan tiga anggota keluarga serentak dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di sini petang kelmarin.

Kemeriahan Aidilfitri yang bakal diraikan buat kali ketiga tahun ini pasti tidak lagi meriah tanpa bapanya, Jaafar Balad, 49; ibu, Norma Gunung, 51, dan adik, Mohd Iqbal, 15, yang meninggal dunia akibat tertimbus dalam tragedi itu.

Beliau juga terkilan kerana tidak sempat berbuka puasa bersama keluarganya pada Ramadan kali ini selepas menikmati nikmat dan manfaat berpuasa serta berbuka bersama keluarga dua tahun lalu.
Ini kerana Sukainai hanya sempat bersahur bersama keluarga pada hari pertama Ramadan dan pulang ke Institut As Shifa di Taiping untuk mengikuti kursus Sains Persekitaran.

“Kini saya terpaksa tabahkan hati menerima kehilangan ayah, ibu dan adik bongsu,” katanya dalam linangan air mata ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, di sini semalam.

Kejadian itu bukan saja mengorbankan bapa ibu dan adiknya, malah iparnya, Yusnizan Yusof, 22 dan ketika ditanya perancangannya selepas ini, Sukainai berkata, beliau akan membawa kakaknya, Norfifa, 20, tinggal bersama ibu saudara mereka di Ipoh.

"Dua abang saya, Mohd Riduan, 30, dan Azhar, 26, mungkin akan menetap di kampung ini," katanya. 
Jenazah keluarga Jaafar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia, di sini, sebaik urusan menuntut jenazah selesai.

Sementara itu, Sendiwara Mohd Ali, 27, iaitu anak kepada seorang lagi terbunuh, Ali Hassan, 50, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian jam 10 pagi semalam dan ketika kejadian berlaku bapanya sedang tidur dalam rumah.

"Saya dimaklumkan, ayah baru pulang dari kerja dan akibat kepenatan dia tertidur. Jadi, dia tidak sempat melarikan diri sebaik rumah kami tertimbus. Kali terakhir saya bertemu ayah pada Oktober lalu,” katanya.bharian

No comments:

Post a Comment