Pages

Sunday, August 21, 2011

Mesir undur duta ke Israel

KAHERAH: Mesir memutuskan untuk memanggil pulang dutanya ke Israel sebagai tindakan membantah kematian lima anggota polisnya yang terbunuh di sempadan ketika serangan balas tentera Zionis ke atas pejuang Palestin, lapor berita televisyen kerajaan, semalam.
“Mesir memutuskan untuk membawa pulang dutanya ke Israel hingga negara Yahudi itu menghantar utusan meminta maaf secara rasmi,” lapor kenyatan berita itu.

Israel menyalahkan kumpulan pejuang Hamas atas insiden yang berlaku dan mendakwa berjaya membunuh pemimpin sayap kumpulan itu dalam serangan Khamis lalu, selain melancarkan berpuluh-puluh lagi serangan kelmarin. Mesir secara rasmi membantah dan menuntut Israel supaya menyiasat punca kematian lima anggota polisnya ekoran berang dengan serangan negara Yahudi itu yang sudah membunuh sekurang-kurangnya 15 orang sejak Khamis lalu.

“Mesir memfailkan aduan secara rasmi terhadap Israel dan menuntut supaya ia melakukan siasatan segera ekoran insiden kematian di sempadan antara Isarel dan Mesir,” lapor agensi berita kerajaan, Mena.

Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf mengutuk tindakan Israel dan menyifatkan darah rakyatnya amat berharga untuk disia-siakan.

“Darah rakyat Mesir terlalu berharga untuk disia-siakan tanpa penjelasan munasabah,” kata Essam dalam mesejnya di dalam laman Facebook miliknya. Kabinet Mesir sebelum itu memanggil duta Israel ke Keherah bagi memprotes tindakan tentera Israel yang menyerang di sempadan hingga menyebabkan kematian lima anggota pasukan keselamatan negara terbabit.

Sementara itu, beratus-ratus rakyat Mesir melakukan demonstrasi di luar kedutaan Israel di Kaherah kelmarin menggesa supaya duta negara Zionis itu diusir sebagai mengecam tindakan serangan berkenaan. - AFP/Reuters
-hmetro   

No comments:

Post a Comment