Pages

Tuesday, August 9, 2011

Jambatan Pulau Pinang sesak

Lima kemalangan berasingan berlaku dalam tempoh satu setengah jam BUTTERWORTH: Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan teruk semalam berikutan lima kemalangan berasingan berlaku dalam tempoh satu setengah jam, yang turut menyaksikan seorang penunggang motosikal maut.Empat kemalangan berlaku di laluan menghala pulau, manakala satu lagi menghala tanah besar, pada waktu puncak iaitu antara jam 6.35 pagi hingga 8 pagi. Kejadian itu mengakibatkan kesesakan luar biasa sehingga Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara dan selatan menuju susur masuk Jambatan Pulau Pinang iaitu dari Sungai Dua dan Juru, selain Lingkaran Luar Butterworth, Jalan Chain Ferry dan Jalan Perusahaan.Jalan masuk terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim turut mengalami kesesakan apabila ramai pemandu menukar perjalanan dengan menaiki feri.Pengurus Kanan Operasi Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), Asnor Ali, berkata kemalangan pertama berlaku di Kilometer 5.1 Jambatan Pulau Pinang menuju pulau membabitkan sebuah motosikal dan sebuah treler pada jam 6.35 pagi.Penunggang motosikal, Azhar Pawanteh, 52, dari Lunas, Kedah, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.Kira-kira jam 7 pagi, satu kemalangan membabitkan empat kereta di KM 4.8 Jambatan Pulau Pinang menghala pulau, manakala satu lagi di Km 138.2 di Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang membabitkan empat kereta.Kenderaan yang terbabit dalam kedua-dua kemalangan itu, masing-masing dialihkan pada jam 7.10 pagi dan 7.20 pagi.Pada jam 8.06 pagi, satu lagi kemalangan berlaku membabitkan tujuh kereta di KM 6.2 Jambatan Pulau Pinang di laluan dari tanah besar dan semua kenderaan dialihkan kira-kira 10 minit kemudian," katanya.PBSB juga menerima laporan satu kemalangan kecil membabitkan dua kereta di Km 6.2.Asnor berkata, kemalangan itu adalah paling teruk dalam sejarah Jambatan Pulau Pinang dengan lima kemalangan yang membabitkan banyak kenderaan dalam tempoh singkat.Sehingga jam 10 pagi keadaan trafik masih sesak walaupun semua kenderaan yang terbabit dengan kemalangan sudah dialihkan.Sementara itu, jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Asman Ibrahim, 51, yang sedang mengambil gambar di tempat kemalangan maut, cedera selepas sebuah motosikal yang merempuh trak penunda terpelanting ke arahnya.Asman yang cedera di kaki dalam kejadian jam 8 pagi itu dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Dalam pada itu, Ketua Unit Perkhidmatan Feri Penang Port Sdn Bhd, Fisnol Ainon Mahmud berkata, kesesakan turut berlaku di Pangkalan Sultan Abdul Halim, kerana pemandu cuba mengelak daripada melalui jambatan. bharian

No comments:

Post a Comment