Pages

Tuesday, August 9, 2011

Cemas muka tertimbus dada ditindih batu: Bah

BAH  yang patah bahu kanan dan tulang punggung.
BAH yang patah bahu kanan dan tulang punggung.

IPOH: "Saya ini umpama sudah mati hidup kembali," kata Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, mangsa yang tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di Cameron Highlands, kelmarin.

Menceritakan detik cemas, Bah Anjang Besar berkata, sebaik sedar dari pengsan selepas terpelanting keluar dari rumah akibat dirempuh runtuhan, dia mendapati keadaan gelap gelita.
"Apabila tersedar, hanya mata kiri saya dapat dibuka, manakala mata kanan dipenuhi tanah dan pada ketika itu baru saya tahu diri saya tertimbus di dalam tanah.
"Saya cuba bangun, tetapi tidak berdaya kerana selain tangan kanan tidak boleh diangkat, dada pula ditindih batu. Saya menggunakan tangan kiri untuk mengorek tanah dan kira-kira hampir 10 minit kemudian baru saya dapat mengalihkan tanah yang menutupi muka.

"Saya terus menjerit meminta tolong dan seorang rakan yang juga penduduk di situ kemudian menyelamatkan saya," katanya dengan nada lemah ketika ditemui di Wad 4A Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Difahamkan, ketika ditemui, Serry Priska memakai seluar panjang manakala tuala masih terlilit di tubuhnya dipercayai mangsa baru lepas mandi ketika kejadian. bharian

Bah Anjang Besar yang bekerja di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah berkata, ketika kejadian, dia menonton televisyen di ruang tamu dan isterinya, Zaitun Balad, 30, berada di dapur, manakala lima anak mereka berusia 7 hingga 18 tahun serta cucunya berusia dua tahun dihantar ke rumah nenek berdekatan.
Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. 

No comments:

Post a Comment