Pages

Wednesday, July 20, 2011

Tentera Israel tawan bot Perancis

GAMBAR fail menunjukkan bot Dignity-Al Karama.


BAITULMUQADDIS - Pasukan komando tentera laut Israel semalam menawan sebuah bot Perancis yang cuba memecahkan sekatan Israel ke atas Genting Gaza.

Tiada penentangan dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan yang tercetus di perairan antarabangsa 65 kilometer dari Gaza.

Pasukan komando Yahudi menaiki bot tersebut selepas 16 orang aktivis di atasnya tidak mengendahkan amaran supaya menukar laluan.

Menurut tentera Israel, bot yang diberi nama Dignity-Al Karama itu akan dibawa ke pelabuhan Ashdod, selatan Israel.


SEBUAH kapal tentera Israel meninggalkan pelabuhan Ashdod di selatan Israel semalam.


Israel menguatkuasakan sekatan unilateral ke atas Gaza empat tahun lalu dengan alasan untuk menghalang penyeludupan senjata ke Gaza yang diperintah oleh pentadbiran Hamas.

Pada tahun lalu, pasukan komando tentera laut Israel bertempur dengan sejumlah aktivis di atas sebuah kapal Turki yang cuba menuju ke Gaza dengan menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment