Pages

Thursday, July 7, 2011

Iran tidak asing siswa

TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam mengarahkan rancangan memisahkan pelajar di beberapa universiti negara itu mengikut gender dibatalkan serta-merta, sambil menyifatkan langkah itu tidak bijak dan hasil daripada pemikiran sempit.

“Di beberapa universiti, kursus dan kelas yang hanya dihadiri pelajar sama jantina sudah dilaksanakan tanpa menimbangkan akibatnya. Tindakan yang tidak bijak daripada pemikiran sempit ini perlu dicegah dengan segera,” kata Ahmadinejad dalam surat rasmi kepada kementerian pengajian tinggi dan kesihatan yang disiarkan laman web beliau.
Ahmadinejad mengeluarkan arahan itu selepas golongan agama dan ultra konsovertif dilapor mengadakan kempen menghapuskan kelas dan kursus yang mencampurkan pelajar lelaki dan wanita bagi sesi pengajian akademik tahun depan.
Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Kamran Daneshjoo menafikan pihaknya mempunyai rancangan memisahkan siswa berdasarkan gender.

“Pelajar lelaki dan wanita perlu duduk di barisan berasingan di universiti,” katanya sambil menegaskan kementeriannya meneruskan rancangan penerapan nilai Islam dalam sistem pendidikan di Iran. – AFP
Berita Harian Online | Iran tidak asing siswa

No comments:

Post a Comment