Pages

Saturday, June 4, 2011

Wanita mangsa culik 18 tahun akhirnya bersuara


PLACERVILLE (Amerika Syarikat): Wanita yang diculik ketika kanak-kanak dan dirogol berulang kali sepanjang 18 tahun akhirnya tampil dan membuat kenyataan umum bahawa kejadian itu telah merampas kehidupannya.Cik Jaycee Dugard, 31 tahun, yang diculik ketika berusia 11 tahun, berkata beliau sangat benci setiap saat didera oleh pasangan suami isteri Phillip dan Nancy Garrido.Phillip, 60 tahun, mendapat dua orang anak daripada hubungannya dengan Dugard setelah menculiknya pada 1991.Kelmarin, dia dijatuhi hukuman penjara 431 tahun, manakala isterinya, 55 tahun, dipenjara 36 tahun.Pasangan itu telah didapati bersalah oleh mahkamah pada April lalu setelah kedua-duanya mengaku melakukan jenayah tersebut.Phillip mengaku bersalah atas tuduhan menculik, menculik untuk tujuan seks, merogol secara paksa dan melakukan aksi lucah. Isterinya mengaku bersalah atas tuduhan menculik dan merogol.Dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Phillip dan dibacakan di mahkamah kelmarin oleh ibunya, Cik Terry Probyn, Cik Dugard berkata:'Saya memutuskan untuk tidak hadir di sini hari ini (kelmarin) kerana saya enggan membuang masa hidup saya walau sesaat di depan anda. Sedang saya mengimbas semula tahun-tahun yang telah berlalu, saya rasa marah kerana anda telah merampas kehidupan saya dan keluarga saya. Semua yang anda lakukan ke atas diri saya adalah salah dan saya harap anda sedar satu hari nanti.'Cik Dugard ditemui pada Ogos 2009 di bahagian rahsia belakang rumah pasangan itu di Antioch, kirakira 200 kilometer dari rumah beliau.Sejak itu Cik Dugard tinggal di lokasi rahsia bersama keluarganya, termasuk dua anaknya yang kini berusia 13 dan 16 tahun.Pihak berkuasa California telah membayar pampasan sebanyak AS$20 juta ($24 juta) ekoran penderitaan yang ditanggungnya.Peguam Phillip, Cik Susan Gellman, berkata selepas kenyataan Cik Dugard dibaca di mahkamah kliennya berkata dia berasa sangat kesal atas perbuataannya. -- AP, AFP.
Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment