Pages

Tuesday, June 28, 2011

Tentera laut Israel diarah sekat flotilia ke Gaza


BEBERAPA aktivis Amerika Syarikat di Athens, Greece semalam melaungkan slogan kemanusiaan semasa menyokong misi bantuan ke Gaza.


BAITULMUQADDIS - Kabinet keselamatan Israel semalam meluluskan rancangan untuk menghalang bantuan misi kemanusiaan antarabangsa dari menceroboh sekatan di Genting Gaza.
"Kementerian Pertahanan Israel (IDF) diberi kuasa untuk melakukan halangan melalui cara yang ditentukan tetapi ia akan mengelakkan daripada berlaku kecelakaan," lapor sebuah website, Ynet.
Stesen radio awam Israel juga melaporkan berita yang sama itu.
Menurut laporan tersebut, kementerian itu juga meluluskan pelan operasi tentera laut untuk mengambil alih kapal yang memasuki Gaza dan berniat untuk memecahkan sekatan yang dilakukan rejim Zionis.
Laporan radio juga menyebut, kementerian itu bercadang untuk menyemak semula ancaman mereka untuk menghukum wartawan asing yang terlibat di dalam misi tersebut dengan mengharamkan kemasukan mereka ke Israel sehingga 10 tahun.
Kira-kira 350 aktivis pro-Palestin dari 22 buah negara dijangka menyertai rombongan flotilia yang mengandungi kira-kira 10 buah kapal ke Gaza dengan membawa misi bantuan dari Greece. - AFPKosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment