Pages

Tuesday, June 28, 2011

Richard Gere bertafakur di candi Borobudur

RICHARD GERE tunduk di hadapan seorang sami di candi Borobudur di Magelang, Pulau Jawa semalam.


BOROBUDUR, Indonesia - Pelakon filem terkenal, Richard Gere bertafakur di candi Borobudur di Pulau Jawa semalam.

Dia kemudian membuat lawatan ke keseluruhan candi tersebut bersama isteri dan seorang anak lelakinya.

"Pada waktu pagi dia berada di puncak candi itu dan bertafakur selama 20 minit. Dia juga membuat lawatan selama 45 minit untuk melihat keistimewaan setiap pelosok candi tersebut," kata pengurus candi berkenaan, Purnomo Siswo Prasetyo.

Menurut Purnomo, Gere kagum dengan struktur candi itu yang terletak di antara dua gunung berapi kira-kira 40 kilometer ke barat laut Yogyakarta.

Salah satu puncak Gunung Merapi telah menyebabkan lebih 320 orang terkorban apabila ia meletus pada tahun lalu.

Gere, 61, yang telah memeluk agama Buddha tiba di Indonesia semalam dalam satu lawatan yang dianggapnya sebagai perjalanan spiritual.

Candi itu dibiarkan tanpa dijaga selepas agama Islam disebarkan di Pulau Jawa pada abad ke-14.

Dia juga bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta dan memberitahu media tempatan bahawa dia menimbang untuk membuat filem mengenai sejarah candi tersebut.

Dia sekeluarga bercuti ke Pulau Bali hari ini.

Pada minggu lalu, Gere telah melawat kuil Jogye di Seoul, selatan Korea.

Antara filem lakonan pelakon terkenal itu ialah An Officer and a Gentleman, Pretty Woman danChicago. - AFPKosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment