Pages

Saturday, June 25, 2011

Bekas wanita besi Ukraine dibicarakan

KIEV: Bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko, dihadapkan ke mahkamah, Jumaat (waktu tempatan), atas tuduhan salah guna kuasa, dan menyifatkan pencabar jawatan presiden negara itu, Viktor Yanukovych, sebagai pengecut dan takut dengan persaingan politik.

Bekas pemimpin tertinggi negara itu yang turut dikenali sebagai wanita besi itu dituduh terbabit dengan penyalah gunaan kuasa susulan mempunyai kaitan dengan kontrak yang ditandatangani bersama Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin.
Ia membabitkan kontrak penyediaan gas yang tergendala sementara bersama Russia pada awal 2009. - AFP
Berita Harian Online | Bekas wanita besi Ukraine dibicarakan

No comments:

Post a Comment