Pages

Saturday, June 25, 2011

11kg dadah dalam kereta




TOYOTA Vios  ditinggalkan  pemandunya selepas berlanggar dengan lori kira-kira 50 meter dari Plaza Tol Pagoh, semalam.
TOYOTA Vios ditinggalkan pemandunya selepas berlanggar dengan lori kira-kira 50 meter dari Plaza Tol Pagoh, semalam.

Polis jumpa heroin, syabu selepas kenderaan langgar lori di lebuh raya

MUAR: Polis menemui kira-kira 11 kilogram dadah jenis heroin dan syabu dalam sebuah Toyota Vios yang ditinggalkan pemandunya dipercayai seorang wanita selepas berlanggar sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan, 50 meter dari Plaza Tol Pagoh, dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pemandu kereta dilihat bergegas meninggalkan kereta terbabit dengan menumpang lori dilanggarnya selepas Toyota Vios itu remuk dan mengalami kerosakan enjin.
Sumber berkata, penemuan dadah yang diletakkan di tempat duduk depan dan belakang kereta itu disedari pemandu trak penunda yang tiba di lokasi kemalangan beberapa minit kemudian dan mendapati pemandunya tiada di situ.
Selain polis trafik yang menyiasat kemalangan, sepasukan anggota Bahagian Narkotik Polis Muar turut bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
Difahamkan dadah yang ditemui itu membabitkan 10 kilogram heroin dan satu kilogram syabu dengan sebahagian daripadanya sudah diproses.

Polis kini memburu pemandu kereta yang dipercayai wanita memasuki lebuh raya dari Skudai. Setakat ini, latar belakang kereta yang ditinggalkan masih disiasat kerana menggunakan pendaftaran palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Sharif dijangka membuat sidang media mengenai penemuan dadah berkenaan yang dianggar bernilai ratusan ribu ringgit di Johor Bahru, hari ini.
Berita Harian Online | 11kg dadah dalam kereta

No comments:

Post a Comment