Pages

Sunday, May 8, 2011

Gaza zon latihan terbaik Yahudi, Zionis


BAITULMAQDIS: Komander Zionis dalam operasi serangan ke Gaza, Mejar Jeneral Yoav Galant semalam berkata, Gaza adalah zon latihan terbaik bagi negara Yahudi itu menguji kecanggihan senjata mereka.
Galant mengetuai beberapa siri serangan tentera Isarel ke Gaza selama ini yang menyebabkan lebih 1,400 rakyat Palestin terkorban termasuk 400 kanak-kanak.

Ketika berucap di Pusat Hubungan Strategik di Universiti Bar-Ilan, Begin, baru-baru ini, Galant menegaskan bahawa serangan ke atas Gaza adalah rancangan Zionis untuk menguji pelbagai peralatan senjatanya.

Dalam serangan ke atas Gaza pada 2008 hingga 2009, Galant mengarahkan supaya serangan bom fosfor putih yang dilepaskan melalui senjata artileri 155m digunakan. Bom yang dilarang pelbagai konvensyen antarabangsa itu membakar hangus tubuh mangsa. Menurutnya, Gaza menjadi sasaran kerana Israel tidak mempunyai musuh ketat utama selain daripada Hamas.

“Walaupun kemampuan tentera Israel jauh lebih kuat daripada Hamas, kami menganggap mereka sebagai musuh paling utama,” ujar Galant seperti mana dipetik dalam laman Occupied Palestine. “Warga Palestin di Gaza ternyata sudah meningkatkan serangan balas mereka dengan roket. Ia bukan saja satu keganasan tetapi tentangan terhadap kewujudan negara Israel,” tambahnya.mymetro

No comments:

Post a Comment