Pages

Sunday, May 8, 2011

8 Panduan Hidup Yang Amat Berguna Untuk Orang Mukmin


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/05/phoca_thumb_l_islamicfoto12.jpg?w=300

الأولى
أني نظرت إلى الخلق فرأيت كل واحد يحب محبوبا فإذا ذهب إلى القبر
1- Aku melihat semua makhluk menyayangi apa yang dimiliki tetapi apabila tiba dikubur
فارقه محبوبه فجعلت الحسنات محبوبي فإذا دخلت القبر دخلت معي .
semua benda yang disayangi akan berpisah dengannya kecuali amalan kebaikan sahaja yang sanggup bersamanya didalam kubur.
الثانية
أني نظرت إلى قول الله تعالى
2- Aku merenung firman Allah SWT
” وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى فإن الجنة هي المأوى”
Sesiapa yang takut kepada Allah SWT dan dapat menahan dirinya daripada kemungkaran pasti tempat tinggalnya di dalam Syurga.
فأجهدت نفسي في دفع الهوى حتى استقرت علي طاعة الله .
Maka aku telah berusha menahan diriku daripada melakukan maksiat sehingga aku yakin berada dalam ketaatan kepada Allah SWT
الثالثة
أني نظرت إلى هذا الخلق فرايت أن كل من معه شيء له قيمة حفظه حتى لا يضيع فنظرت إلى قول الله تعالى
3-Aku melihat semua perkara mempunyai nilai dan dijaga sehingga tidak hilang, maka renung firman Allah SWT
” ما عندكم ينفذ وما عند الله باق “
” Apa di sisi kamu akan binasa dan apa yang ada disisi Allah SWT akan kekal abadi
فكلما وقع في يدي شيء ذو قيمة وجهته لله ليحفظه عنده .
Maka apabila aku memiliki sesuatu perkara yang bernilai di sisiku, aku akan serahkan kepada Allah SWT untuk menjaganya.
الرابعة
أني نظرت إلى الخلق فرأيت كل يتباهى بماله أو حسبه أو نسبه ثم نظرت إلى قول الله تعالى
4-Aku melihat kepada kejadian Allah SWT, maka aku dapati semuanya bermegah-megah dengan hartanya, pangkatnya  dan keturunannya. lalu aku pandang pada kata-kata Allah SWT
” إن أكرمكم عند الله أتقاكم “
Perkara yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah Taqwa kamu
فعملت في التقوى حتى أكون عند الله كريما .
Maka aku beramal dengan Taqwa agar aku menjadi orang yang mulia di sisi Allah SWT
الخامسة
أني نظرت في الخلق وهم يطعن بعضهم في بعض ويلعن بعضهم بعضا
5-Aku melihat manusia menuduh diantara satu sama lain
وأصل هذا كله الحسد ثم نظرت إلى قول الله عز وجل
semuanya ini berpunca daripada perasaan hasad dengki, maka aku renung pada firman Alllah SWT
” نحن قسمنا بينهم معيشتهم في الحياة الدنيا “
Sesungguhnya Kami telah tetapkan bahagian rezeki masing-masing dalam kehidupan di dunia
فتركت الحسد واجتنبت الناس وعلمت أن القسمة من عند الله فتركت الحسد عني .
Maka aku lenyapkan perasaan hasad dengki, aku jauhi manusia, aku telah ketahui bahagian-bahagian yang telah Allah SWT tetapkan untuk diriku. Aku jauhkan perasaan hasad dengki daripada diriku
السادسة
أني نظرت إلى الخلق يعادي بعضهم بعضا ويبغي بعضهم على بعض ويقاتل
6- Aku melihat manusia bermusuhan diantara satu sama lain dan berbunuhan sesama mereka
بعضهم بعضا ونظرت إلى قول الله عز وجل
Maka aku renung firman Allah SWT
” إن الشيطان لكم عدو فاتخذوه عدوا “
Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka jadikanlah syaitan itu sebagai musuhmu
فتركت عداوة الخلق وتفرغت لعداوة الشيطان وحده .
Maka aku hapuskan perasaan permusuhan dan aku jadikan syaitan sebagai musuhku yang paling utama
السابعه
أني نظرت إلى الخلق فرأيت كل واحد منهم يكابد نفسه ويذلها في طلب الرزق
7-Aku melihat manusia bermatia-matian dan sehingga menyeksakan diri dalam mencari rezeki
حتى أنه قد يدخل فيما لا يحل له ونظرت إلى قول الله عز وجل
sehingga mereka sanggup melangkaui batasan-batasan yang telah Allah SWT tetapkan, maka aku merenung firman Allah SWT
” وما من دابة في الأرض إلا على الله رزقها “
Setiap binatang yang hidup melata di atas muka bumi ini telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT
فعلمت أني واحد من هذه الدواب فاشتغلت بما لله علي وتركت ما لي عنده .
Maka aku adalah termasuk makhluk yang Allah SWT telah tetapkan rezekinya oleh Allah SWT, maka aku tidak ambil sesuatu yang bukan Allah SWT tentukan untuk diriku
الثامنة
أني نظرت إلى الخلق فرأيت كل مخلوق منهم متوكل على مخلوق مثله ،
8-Aku melihat manusia berharap sesama manusia yang sama kedudukan sesama mereka
هذا على ماله وهذا على ضيعته وهذا على صحته وهذا على مركزه. ونظرت إلى قول الله تعالى
Mereka bergantung kepada harta dan kesihatan yang akan binasa, maka aku renung firman Allah SWT
” ومن يتوكل على الله فهو حسبه “
Dan sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT maka segala-gala yang diperlukan dalam kehidupannya di dunia dan Akhirat telah mencukupi untuk dirinya.
فتركت التوكل على الخلق واجتهدت في التوكل على الله .
Maka aku telah meninggalkan pergantunganku sesama manusia dan aku berusaha bersunguh-sungguh untuk bertawakkal kepada Allah SWT.
Rujukan :
http://www.bentvip.com/vip11.html
sumber:peribadirasulullah

No comments:

Post a Comment