Pages

Friday, April 1, 2011

Umar cedera ditembak

myMetro | Umar cedera ditembak: "


ISLAMABAD: Suspek utama warga Indonesia dalam kejadian pengeboman di Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 orang cedera ditembak pasukan keselamatan yang menahannya di Pakistan, kata pegawai kerajaan Indonesia, semalam.

Timbalan Komander kumpulan gabungan al-Qaida di Asia Tenggara, Jemaah Islamiyah, Umar Patek ditahan di Pakistan 25 Januari lalu selepas mendapat maklumat daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, kata pegawai keselamatan Pakistan dan Indonesia. Menurut Ketua Agensi Perisikan Indonesia, Sutanto, Umar ditahan ketika bertempur dalam insiden berbalas tembakan. Seorang daripada pegawai keselamatan turut cedera.


Pakistan akan membantu pegawai konsulat Indonesia menemui Umar supaya mereka dapat membuat pengesahan identitinya, kata jurucakap Kementrian Luar Paksitan, Tehmina Janjua dalam sidang media mingguan.

Penangkapan Umar yang ditawarkan Amerika Syarikat dengan ganjaran AS$1 juta (RM31juta) menamatkan 10 tahun buruan antarabangsa dan pencapaian utama dalam perjuangan global melawan al-Qaida dan kumpulan sekutunya. Sekiranya dia bekerjasama, militan berusia 40 tahun itu dapat menyalurkan maklumat berharga mengenai keadaan semasa organisasi pelampau itu dan kumpulan gabungannya di Asia Tenggara. Pihak berkuasa Pakistan masih menyoal siasat Umar dan akan menyerahkannya kepada kerajaan Indonesia, kata pegawai keselamatan Paksitan yang enggan dikenali. - AP"

No comments:

Post a Comment