Pages

Friday, April 1, 2011

Serangan tentera tak mampu tumbangkan Gaddafi: Itali

myMetro | Serangan tentera tak mampu tumbangkan Gaddafi: Itali: "

SEBUAH trak pelancar roket pemberontak Libya melancarkan serangan ke atas pro Gadhafi, di luar bandar timur Brega, Libya, hari ini. Sumber Libya berkata Menteri Luar Negeri, Moussa Koussa telah mengundurkan diri, namun itu adalah keputusan peribadi didorong oleh masalah kesihatan, bukan tanda bahawa rejim diperangi telah lumpuh. - Foto AP




ROME: Tindakan berpaling tadah di kalangan sekutu Muammar Gaddafi akan menjadi faktor penggulingan pemimpin Libya itu, bukan serangan tentera Barat.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini yang akan berunding dengan anggota utama pemberontak Libya berkata demikian selepas berita mengenai Menteri Luar Libya, Mussa Kussa, antara penasihat paling rapat Gaddafi, berpaling tadah ke Britain.


“Bukan tindakan ketenteraan yang boleh memaksa Gaddafi meletak jawatan. Sebaliknya ia boleh dilakukan menerusi tekanan antarabangsa untuk menggalakkan orang yang rapat dengannya berpaling tadah,” kata Frattini.

“Mereka sudah sedar atau akan sedar sedikit masa lagi bahawa rejim itu sudah terpencil di peringkat antarabangsa dan Gaddafi tidak akan menjadi sebahagian daripada penyatuan semula Libya,” katanya. - AFP"

No comments:

Post a Comment