Pages

Thursday, April 21, 2011

Syria tangkap pemimpin pembangkang

AMMAN: Aktivis hak asasi semalam berkata, tindakan kerajaan Syria menangkap tokoh pembangkang berhaluan kiri membayangkan rang undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan untuk menamatkan pemerintahan darurat selama 48 tahun tidak akan menghentikan penindasan.
Rang undang-undang itu diluluskan kelmarin oleh Presiden Bashar al-Assad ketika beliau berdepan dengan tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahannya.

Lebih 200 orang terbunuh sejak bantahan bermula bulan lalu, kata aktivis hak asasi.
Langkah mengakhiri pemerintahan darurat itu bagaimanapun disertakan dengan undang-undang baru yang mewajibkan rakyat Syria mendapatkan permit daripada pihak berkuasa sekiranya mahu mengadakan tunjuk perasaan.

Namun, tunjuk perasaan berterusan di beberapa kawasan selepas rang undang-undang itu diluluskan.

Kira-kira 20 tokoh pembangkang ditangkap sepanjang malam kelmarin, kata aktivis berkenaan. - Reuters
myMetro | Syria tangkap pemimpin pembangkang

No comments:

Post a Comment