Pages

Thursday, April 21, 2011

Kebanyakan mangsa tsunami adalah warga emas


TOKYO: Data terbaru Agensi Polis Kebangsaan Jepun menunjukkan dua pertiga daripada mangsa yang dikenal pasti ketika bencana tsunami bulan lalu adalah warga emas dan kebanyakannya mati lemas.


Agensi itu berkata, sebulan selepas kejadian pada 11 Mac itu, 65 peratus daripada 11,108 kematian dan majoritinya berumur 60 tahun ke atas.
Kira-kira 1,899 mangsa lain pula tidak diketahui umur mereka.
Jika ditambah dengan mereka yang masih hilang, bencana itu mengorbankan kira-kira 27,500 orang.

Agensi itu berkata, hampir 93 peratus mangsa mati lemas dan selebihnya kerana kebakaran, dihempap atau sebab lain.

Gempa bumi dan tsunami itu melanda kawasan pedalaman, perairan timur laut di mana ramai penduduknya adalah warga emas. - AP
Berita Harian Online | Kebanyakan mangsa tsunami adalah warga emas

No comments:

Post a Comment