Pages

Sunday, April 10, 2011

Marah diarah bertugas semula


BILIK kawalan kapal selam nuklear HMS Astute.


SOUTHAMPTON - Diarah bertugas semula merupakan punca seorang kelasi, Ryan Donovan, 22, mengamuk dalam kapal selam nuklear Britain, HMS Astute bernilai £1.2 bilion (RM5.93 bilion) dengan menembak mati seorang pegawai tentera, Leftenan Komander Ian Molyneux, lapor akhbar The Sunsemalam.
Dalam kejadian yang berlaku di pelabuhan Southampton kelmarin, Donovan menembak mati Molyneux yang merupakan jurutera senjata dalam kapal selam tersebut dengan menggunakan senjata tentera laut, raifal SA80.
Dia melepaskan enam das tembakan dan mengenai seorang lagi pegawai tentera laut, Leftenan Komander Chris Hodge di bahagian dada yang kini dirawat di sebuah hospital semasa para tetamu kehormat yang melawat kapal selam berkenaan menyaksikan insiden tersebut.
Semasa kejadian, kelasi tersebut yang kini telah ditahan pihak berkuasa memakai pakaian pelindung badan yang berperisai semasa dia melepaskan tembakan itu.
Insiden itu berlaku semasa Datuk Bandar Southampton, Carol Cunio melawat kapal selam tersebut untuk makan tengah hari bersama Ketua Majlis Bandar Raya Southampton, Alistair Neill dan seorang anggota majlis itu, Royston Smith.
Menurut Smith, 46, yang merupakan bekas jurutera Tentera Udara Diraja Britain memberi gambaran dengan jelas mengenai kejadian tersebut kerana dia menjadi wira dengan menangkap kelasi yang mengamuk itu.
Smith berkata, kelasi kapal itu yang merupakan peminat lagu rap melepaskan beberapa das tembakan yang pertama di dalam kapal selam tersebut.
Dia yang berada tidak jauh dari bilik kawalan kapal selam itu bertindak menolak Donovan ke arah dinding.
Menurut Smith, semasa pergelutan itu, kelasi itu mungkin melepaskan tembakan yang kelima namun dia kemudian memusingkan badan Donovan sehingga 180 darjah dan menolaknya ke arah satu lagi dinding.
Dia berkata, semasa pergelutan itu, Donovan melepaskan tembakan yang keenam.
Namun, Smith berjaya menjatuhkan kelasi itu dan merampas senjata apinya dan melemparkan ia di bawah sebuah meja yang jauh daripada jangkauannya.
Dalam kejadian itu, beberapa orang yang menyaksikan insiden berkenaan berada dalam keadaan terkejut.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas HMS Astute berlabuh di pelabuhan Southampton setelah 46 hari ia menyertai ujian di Laut Ireland.
Menurut beberapa kelasi, Donovan berasa tertekan kerana dia diarah berada di dalam kapal selama sebulan lagi kerana beberapa ujian tentera laut akan bermula esok. Kapal selam itu tiba di pelabuhan Southampton pada Rabu lalu. Namun terdapat laporan di akhbar The Times of London yang menyatakan dia mengamuk kerana tidak dibenarkan menggunakan tandas yang dikhaskan terlebih dahulu untuk para tetamu kenamaan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment