Pages

Sunday, April 10, 2011

12 maut serangan Israel di Gaza

BANDAR GAZA - Satu siri tembakan sebuah kereta kebal tentera Israel membunuh seorang penduduk Palestin di Genting Gaza awal semalam menyebabkan seramai 12 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam keganasan terbaru rejim Zionis.
Ekoran kejadian itu, pergerakan Hamas yang memerintah Gaza mengarahkan perkhidmatan kecemasan dan pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Serangan itu berlaku selepas satu siri serangan para pejuang Palestin ke arah wilayah Israel dengan menggunakan peluru berpandu dan mengenai sebuah bas sekolah yang menyebabkan seorang remaja dan pemandu kenderaan itu cedera pada Khamis lalu.
Sejak serangan itu, tentera Israel melancarkan berpuluh-puluh serbuan di seluruh wilayah Palestin.
Sehingga awal semalam, tentera Israel sudah membunuh 17 penduduk Gaza termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun, lima pejuang Hamas dan seorang anggota polis.
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengutuk serangan roket pejuang Palestin tetapi beliau juga menggesa Israel menunjukkan sikap tidak melakukan serangan dengan mendesak kedua-dua pihak melakukan satu gencatan senjata dengan segera. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment