Pages

Monday, April 25, 2011

Kisah benar: Kasih sayang Lie Mei seorang budak miskin terhadap ibunya


HHRS 2.0 - Seorang janda miskin Siu Lan tinggal bersama dengan anaknya berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei harus membantu ibunya menjual kuih dipasar. Disebabkan miskin Lie Mei tidak pernah bermanja-manja dengan ibunya.

Pada suatu ketika musim sejuk, sesudah menyiapkan kuih yang hendak dijual , Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan pada Lie Mei untuk tunggu dirumah kerana mahu keluar membeli bakul baru.

Apabila pulang, Siu Lan mendapati Lie Mei tiada di rumah. Siu Lan sangat marah. Fikirnya, anaknya itu mementingkan diri, hidup susah tapi masih juga mahu keluar bermain, padahal tadi sudah disuruh untuk menunggu di rumah. Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar supaya Lie Mei tidak dapat masuk ke dalam rumah. Anaknya mesti diberi pelajaran, fikirnya geram.

Apabila Siu Lan balik dari menjual kuih, Siu Lan melihat Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk badan Lie Mei yang sejuk membeku dan sudah tidak bernyawa lagi. Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji ketika itu. Ia menangis meraung2, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak. Dengan segera Siu Lan mengangkat Lie Mei masuk ke rumah. Siu Lan mengoncang tubuh anaknya sambil berteriak menyebut nama Lie Mei.

Tiba-tiba sebuah hadiah kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya. Isinya sebuah biskut kecil yg dibungkus dengan kertas usang dan tulisan kecil yang ada di kertas itu adalah tulisan Lie Mei.

"Mama pasti lupa, hari ini adalah hari istimewa bagi mama, aku membelikan biskut kecil ini untuk hadiah, duit tidak cukup untuk membeli biskut yang besar ... Mama selamat ulang tahun".(Kisah benar diceritakan dalam Xia Wen Pao)
miskin terhadap ibunya Hari-hari rakyat susah 2.0: Kisah benar: Kasih sayang Lie Mei seorang budak

No comments:

Post a Comment